About Me

My photo
Ya Allah ! Terima kasih pinjamkan dunia sementara untuk aku bergelak ketawa berduka sedih.

Tanda tanya


Sesiapa saja ! cakap memang mudah nak berlaku jujur itu yang tak mudah .
sebaik mana pun kau , sealim mana pun kau , kalau alim kau itu hanya untuk menutup mata semua orang tentang keaiban lalu kau . 
Kau RUGI .

Percayalah , kau satu satunya manusia paling rugi . 
Tak sayang ke kau pengorbanan kau selama ni sikitpun tak bernilai sebab adanya riak , takbur walaupun sebesar zarah . Allahuakhbar ! 

Berubah kerana Allah . 
Bukan berubah kerana orang , harta benda , populariti
BUKAN ! 

Manusia yang aku salute selama ni yang aku berdebar bila tengok dia, 
Dah jadi manusia yang buatkan aku hilang hormat, hilang debar, hilang respect .
Yang tinggal tanda tanya .
Kenapa , mengapa kau berperangai begitu begini?

Atau aku yang salah menilai.
Atau aku yang salah pandangan.
Atau aku yang belum mengenali kau ?

Tolong tunjukkan aku apa yang kau mahu sebenarnya?
Apa yang ada dalam hati kau sebenarnya?
Apa niat baik kau yang tersembunyi jauh di sudut hati itu sebenarnya?

Tunjuk supaya mati semua tanda tanya.


Pilihan Hati



Hidup kalau tengok kiri kanan
Bandingkan atas bawah
Nak sama depan belakang
Memang takkan boleh bahagia

Kau ingat senang nak puaskan hati semua orang?
Hati kau sendiri pon belum tentu puas

Cukuplah kiri kanan keluarga tersayang
Depan belakang kawan yang betul-betul kawan
Atas bawah manusia yang betul terima kita sayang kita seadanya
Luar dalam hanya Dia yang Esa
Itu sudah cukup untuk buat kita manusia biasa tumpang bahagia


Ini contoh 

Aku perempuan yang suka kikis duit laki
Jadinya bila aku dah kahwin aku kikis duit laki aku
Aku ada anak lelaki seorang, dua orang tiga orang
Masing-masing dah besar dah ada pilihan hati
Aku sebagai seorang mak kepada mereka
Terlalu risau . 
Risaukan mereka 
Takut takut mereka bertemu jodoh perempuan yang kaki kikis

Kenapa perlu takut ?
Perlu risau ?

Sebab,
Anggapan aku semua perempuan sama macam aku
Itu biasa
Kita selalu anggap macamana kita macamtulah orang lain
Sebenarnya salah
Jahat jahat kita baik lagi diri dia
Baik baik kita ada yang lagi baik
Itu pasti.

Hukum karma kan
Kalau takut sesuatu buruk jadi pada orang kita sayang 
Esok lusa tulat tonggeng tahun tahun mendatang
Harini kita mula berubah
Tak boleh banyak sikit pon tak apa

Jangan nanti bila makan dek usia 
Hati dah keras
Dah kosong

Masa tu memang susah, takut takut termakan diri 
Allahuakhbar


jalan-jalan cuci mata yukk !