About Me

My photo
Ya Allah ! Terima kasih pinjamkan dunia sementara untuk aku bergelak ketawa berduka sedih.

eh ? dilamun cinta bersama ATUK ..


ASSALAMUALAIKUM  & SALAM SEJAHTERA  (;



"semua artis yang comel-comel , handsome handsome , semua dah nak kahwin ! APA NIH ?? tak best la cenggini .. lepas ni aku nak minat sapa lagi kalau dah semua jadi lakibini orang ?" 



OKE . keadaan menjadi GILA seminit . . sampaikan apa yang aku buat serba serbi tak kena, nak layan milo panas plus taburan milo yang banyak kunun nak layan touching laa, lastly sampai tertumpah tumpah and dibiarkan ja sebab aku malas nak jalan ke dapur semula dan ambil kain buruk (kain yang terkoyak rabak yang memang khusus untuk lap benda kotor sahaja) . . hurr , memang dasar pemalas !


masuk bilik tutup pintu kuat-kuat ! tunjuk protes sebab ramai artis nak kahwin dah sekarang . memang aku dah buang tebiat agaknya , moody tak tentu hala .. kesian artis-artis yang tak bersalah tu , hahaha !  ^,^
OKE ! ni bukan entry GILA or SAWAN . . ni entry nak story pasal atok aku yang bercinta ngalahkan orang muda hebatnya . memang aku double tabik la dengan atok and tokwan aku .. (;


aku rapat sikit dengan atok and tokwan aku yang belah mak aku , maybe sebab atok and tokwan belah daddy aku dah arwah kot . . haaa   ):
nak dijadikan cerita , tokwan aku jatuh sakit . so keadaan time tu jadi kalut la dengan panggilan masuk dari my mom non stop mintak datang hospital cepat sebab tokwan dekat ICU da katanya . aku pon da cuak la , risau tahap gaban punya . pegang itu tak kena ini tak kena . lastly aku rushing pergi . ponteng satu class . . 


jejak ja dekat hospital aku tengok semua dah muka sedih da , apahal ni ? nak tanya takut , so mesej my mom . tak reply . ish ! dah pelik dah , awatnya ni .. haaa ..
call then call sampai my mom angkat and she said she now with my grandpa and call back later . 
tu aja ?? mana la aku puas hati . nak tau jugak jugak ni .. terjenguk jenguk aku kat depan pintu icu tu .. then my cousin datang and bagitau kata tokwan buat perangai . nak balik katanya .. ha ! sudah ! 


dah dipujuk tapi still tokwan aku nak balik , ditariknya wayar wayar yang ada kat jari dia semua . memang dia nekad nak balik agaknya . my mom bincang dengan abang kakak kakak dia and ofcourse MR.DOC then sebulat suara and setekad hati , semua bersetuju bawak dia balik .. 


sampai ja kat rumah orang pertama yang tokwan aku cari atok aku .. aiseyyy , ternganga semua anak anak cucu tokwan aku tengok keadaan romantic gitu . kehkeh .. sweet oke ? (;
atok aku duduk sebelah tokwan aku dan tanpa kata kata hanya sekadar renungan tokwan aku seakan akan faham apa yang nak diucapkan oleh atok aku . dipegangnya tangan tua itu dengan linangan airmata tua .. YES! im envy them , betapa hebatnya cinta diorang , walaupun usia semakin lanjut tapi kuasa cinta tak pernah pudar . 


tokwan aku yang sanggup buat perangai cabut wayar wayar kat tangan dia tanpa hirau yang dia tengah kesakitan rupanya hanya kerana nak balik rumah tengok bini dia . nampak sangat dekat mata tua dia yang betapa risaunya dia dekat bini dia .. sweet bukan bila kita tengok yang tua tunjukkan kasih sayang dia ..  sangat tulus ! (':


OMAIGOD ! one day aku pon nak jumpa cinta sejati cenggitu . TOLONG DOAKAN . hihi  (;
but cinta sekarang tak macam cinta dulu dah , dulu kalau sehidup semati berjanji , sehidup semati lah ditepati . tapi kalau sekarang sehidup semati berjanji , tak sempat nak mati dah mungkir janji . apakah itu ?? wajib ke dipanggil cinta ? TAK . sebab cinta tu suci berlandaskan iman and hukum hakam .. bukan cinta sekadar nafsu bukan cinta sekadar suka suka . . 




# cinta memang buat kita rasa bahagia , cinta ALLAH buat kita tenang , cinta PARENTS buat kita success sentiasa , cinta sesama insan buat kita rasa sawan .. (;


# agakagakorangjatuhatitak ?
ceh . tak malu ! kehkeh .. (;









k.Daaa  (;









eh ? hati yang GEDIK terpesong ..

ASSALAMUALAIKUM   (;



::. GEDIKss ! GEDIKss ! and GEDIKss again .::

eh , korang ! nak pergi mana tu ? haaa , ni bukan story minah gedik la .. tapi ni ha , aku nak story pasal hati aku yang dah mula pandai berjinakII dalam dunia kegedikan bagai ni . . menyampah aku nak melayannya . naseb pikir hati sendiri ja , kalau hati orang lain , dah lama aku cabut baling sekuat hati dalam semak . tak cukup puas lagi , cari pemetik api , minyak then bakar ! simbah lagi minyak bagi marak teruk api tu .. haha padan dengan muka kau hati , menggedik sangat . 

oke ! segmen melalut dah habes . . cukup la sampai situ kang takde hati mati eden , enggak mawuk , enggak mawuk gitu deh .. hambek kau , bila hati dah gedik , otak dah sewel mula la bahasa jiwa bangsa bercampur jadi pasembur basi .. err ! 

story yang sebenarII nya cenggini .. 



AFTER SPM , 17 YRS/2008
last day class , masingII sibuk soksek soksek kau nak jadi hapa , aku nak jadi hapa after SPM and masa akan datang .. kawan meja sebelah , barisan hadapan sekali tepi pintu nak jadi CIKGU katanya , nak continue dekat UPSI la hapa laa .. oke fine ! 

kawan meja depan pulak nak kerja , dah tak mau dah studyII ni .. otak dah tepu katanya .. 

pandang belakang pulak , kawan meja belakang cerdik sikit dari aku , dia nak masuk matriks , bajet dapat 5A ke atas dah la tu .. oke . aku diam lagi , pandang sana sini macam orang takde hala tuju , bola mata aku ke kiri ke kanan sampai pening dibuatnya . 

masa tu mula terpikir , AKU ? nak jadi hapa ni , nak pergi mana ni ? 
tanpa sedar berpikir sampai depan pintu rumah  "mak , muktamad dah , iqa nak jadi PRAMUGARI" 
aisehhhh wehhh , citaII aku time tuh .. fuhhh , bukan calangII . nak yang hebatII ja sampai naik segan bila teringat balik . .  (;


18 YRS / 2009 
hampa , disebabkan result SPM yang kurang cerdik , tak dapat tercalon dalam manaII U . dah patah hati dah time tu , bertambahII gedik di hati ni , dengan otak runsing .. huh , tak lama tuh .. surat sampai rumah , oh ! POLYTECHNIC rupanya , oke . belum hapaII dah decide  "mak , iqa takmau pi ." 

aku ingat mak aku tak kesah laaa , sekali dia guna kuasa veto dia . . habesss aku . habessss citaII terbang di langit aku tu , sobsob   )'=

bukan tak suka wehhh , masalahnya course yang mak aku pilihkan tu , tak kena langsung dengan selera hati anaknya yang pelik ni .. korang tau dia pilih hapa ?  UKUR TANAH , or LAND SURVEY  .. hapa tu ? semua orang gelakkan aku , cakap ukur kubur sendiri la , ukur tanah macam pekerja indon la .. macamII ! 

nanges ja keja aku , ye ! memang aku lemah time tu sebabnya aku tak faham kenapa mesti aku yang kena korbankan minat aku semua ? tak adil langsung . sedangkan kawanII aku yang lain masingII dengan minat diorang sendiri . . aku ja terpesong ke mana hala ntah . 

mak punya pasal , sayangkan sangat and rasa kasih aku dekat mak terlalu kuat , aku pergi jugak , sahut cabaran tu study menda yang ntah hapaII aku rasa time tu .. lama wehhh , 3 years korang . 

study punya study rasa minat sikit tu macam dah ada laaa .. and now tinggal lagi sebulan ja nak grade . . lepas tu dah dapat diploma ukur tanah . 



2012 .. 
dah setel bab diploma , kena continue degree pulak , ha sudah ! course hapa yang aku nak ambik ni .. runsing lagi .. and once again hati aku jadi gedik balik .. kata hati nak continue dalam mascom , nak kejar citaII jadi model or pramugari . tapi kata mak jadi engineer ukur or lecturer ukur , kata kawan pilih bidang ikut minat sebab nanti nak kerja dengan degree kita tu .. kata akal yang waras ye ! continue dalam bidang yang sama .. tapi hakikatnya  .. aku blur ! aku dilemma taktau nak pilih which one more better untuk masa depan aku . minat pon aku nak kejar , dalam masa yang sama hati mak kena jaga .. oke ! STRESS . 


penamat entry aku kali ni , tolong korang share apa pendapat korang ye ?   ):
keprihatinan anda untuk bagi nasihat sangatla dihargai .. ye ! sangat ! (;
















k. Daaaaa    (;



jalan-jalan cuci mata yukk !