About Me

My photo
Ya Allah ! Terima kasih pinjamkan dunia sementara untuk aku bergelak ketawa berduka sedih.

eh ? header bapak gajah , TOLONG cakap lawa !


ASSALAMUALAIKUM   (;


hai sayang ! hai baby ! haha , gila gediks .. oke . stop being annoying , ha.. mesti korang nak tau kan sebab apa aku bagi title alaII gedik gitu , sebabnya korang takkan tak perasan kot , or saja buat tak nampak ? eee , penat tau aku pose atleast komen la kritik ke tapi kalau puji lagi bagus rasanya . . hewhew .. oke , oke . takdela .. gurauII manja pon marah tau .. (;

hambek kau header tu da jadi serupa apa daaa .. besar gedabak aku letak . sapa tak ingat aku memang siap ah korang ! itu header malas namanya , konon nak letak header alaII matang sikit la kan , tapi disebabkan aku ni kuat sangat berkawan dengan setan , so malas tu dah berjangkit . . terhasil la header serupa di atas yang besar ala gergasi . err .

sudah , abaikan header buruk tu , jangan pandang lelama kang lagi terkesan betapa buruknya header tersebut , cewah nak cover la ni konon tak nak nampak sangat header dia buruk , ceh ! 

sini , sini .. nak story ni haaa , tadi kan aku hangout dengan my bff and takde pon niat nak tengok wayang , memandangkan takde gambar baru yang agak best , tapi si kawan aku ni .. dia nak sangat tengok ADNAN SEMPIT 2 , kawan punya pasal kan .. layankan jugak laa .. masukII je tengok uih , ramai jugak orang .. ingatkan hari biasaII cenggini takde orang sangat .. maybe best kot cerita ni (dalam hati) .

starting cerita tu memang dah lawak , aku dah start senyumII dah , 10 mins lepas tu aku dah start sengih then gelak non stop . korang bayangkan mau lenguh rahang mahang aku ni dok gelak , sakit perut aku , meleleh airmata sampai terangkat kakiII menahan gelak . serious tak tipu ! memang BEST la , dengan si sam muka selenge nya speaking ntah betol ntah tidak dihentamnya speaking jugak .. asalkan ada bunyi alaII mat salleh cukup . 

korang tengoklaaa , mesti tak rugi punya lah . . kadangII kita kena support filem tempatan ni .. kan ? tak semua filem tempatan kita tak best and tak semua jugak filem tempatan kita bestII belaka , kadangII ada jugak spoilt nya .. iye dak ? (;

tapi yang bestnya filem kita mesti takkan lari jauh nilaiII murni rakyat kita . . misalnya dalam cerita ni lebih kepada berusaha and semangat kawan yang kuat . tersentuh jugak bila ada partII yang nampak cemana kuatnya persahabatan antara manusia ni , touching jugak la bagi aku . . alaaa , senang cerita korang tengok la sendiri then meh story moli dengan aku best ke tak . hewhew .. (;



credit to abg google .. (;


comell bukan ? (;



sambil renungII kan header aku yang besar gedabak ala bapak gajah tu apa salahnya after baca rajinkan jejari runcing anda untuk menaip komen di bawah . haha formal kan ? alaaa , bukan selalu nak bajet ala matured ni .. (;


p/s : lepas layan cerita ni , dandan terasa nak rempit jugak . (;









k.Daaaa (;

eh ? sepasang GIGI TARING buat aku nampak lagi manis ??


ASSALAMUALAIKUM   (;


sila klik pada gambar utk lebih jelas .. (:

hujan lebat , guruh berdentum sana sini . tapi aku degilllll jugak jadi gadis geek bertenggek atas katil melayan perasaan depan lappy buruk ni . . memang degil serupa itu keldai , err . naseb kau la keldai , dapat pangkat degil padahal kau tak dengar cakap tuan kau sebab tak faham iye tak ? lumrah dunia , kita suka samakan manusia dengan haiwan , lets say " bodoh macam lembu " , "slow macam siput" , "terkinjaII macam beruk"  haiyy ! kesian  haiwanII tuh mangsa keadaan sifat marah manusia . . (':


entry aku bukan nak story pasal nasib haiwan yang tak terbela , bukan jugak pasal manusia yang suka buli haiwan . semua tak ada kena mengena langsung ! aku nak main soal hati entry kali ni , ini semua garaII GIGI TARING .. atau nak sedap lagi GIGI MANIS .. urm , tak semua orang berkesempatan menjadi buruk , and tak semua orang berkesempatan menjadi lawa .. aku ? aku tergolong dalam orang yang tak sempurna mana , ada jugak buruknya and tak pandai nak bersyukur dengan apa yang ada . yup ! aku mengaku , aku tamak . . aku nak jadi perfect tanpa ada sebarang cacat cela , tapi aku silap . aku lupa akan manusia ni tak ada pon yang perfect . . (;


TAPI ? itu semua dulu , zaman aku cetek ilmu lagi laaa , zaman bersin hingus melelehII keluar kadangII termasuk dalam mulut jugak . boleh pulak di jilatnya . euww , oke stop imagine that ! nightmare karang aku tak tanggung . (:


nak di jadikan cerita , aku ada sepasang gigi taring , SEPASANG tau .. means ada dua , kanan dan kiri .. haa , try imagine . nampak bukan camana comelnya  bila aku sengih .. hewhew .. (;
dulu masa aku sekolah , aku nakkkkk sangat ! sangat . sangat nak pakai braces , dengan harapan bila sengih lawa ja , gigi tersusun rapi jaa , tapi ? aku lupa dekat hukum hakam ALLAH , dengan muka selenge aku tanya ustazah yang mengajar agama time tuh , 


"hukum pakai braces apa dia ye ustazah ?"
"hukum buat rebonding pulak apa dia ye ustazah ?"


hukumnya HARAM bagi orang yang niat dia nak menunjukII , nak lawa , nak nampak cantik dimata orang ramai .. tapi TAK HARAM bila keistimewaan yang dia ada tu jadikan dia bahan ketawa , bahan kutukan , paling senang cakap kalau benda tu aibkan dia , ha . dia boleh ubah .. so benda ni depends on hati kita , niat kita .. baik niat kita baik la benda ni jadi , dan sebaliknya .. benda ni tak ada orang lain boleh nasihat kita sebab dia memang dari hati kita sendiri , niat kita sendiri .. 


nak pakai braces tu korang hengat senang ke hah ? merana seksa jiwa raga tau tak ?? ecece , macam ada pengalaman , tak la , tapi ada la dengarII kawanII cerita itu ini .. sakitnya bukan tipuII bukan macam kena gigit semut ka hapa ka .. tapi betulII sakit . bayangkan la nak makan pon susah , bila makan aiskerim ja lagila rasa berdenyut sebab braces tu besi so dia sejuk , terasa gusi kembang kuncup ja kat dalam mulut .. err , tak sanggup ! tapi manusia ni sanggup seksa diri demi kesempurnaan .. (;


aku tak jongang apatah lagi benda ni aibkan aku .. TIDAK SAMA SEKALI ! so , bila di fikirII kan balik , yup ! aku memang tak patut ubah gigi aku .. tak semua orang perfect , and kadangII aku rasa bertuah sebab tak semua orang ada gigi macam aku ni kan ? kan ? bila dah tak semua orang ada , jadi lah special sikit , lain dari yang lain .. kadangII buruk itu cantik , tak semua yang cantik itu cantik .. lets say , lesung pipi .. kalau ikut teori sains orang cakap benda tu cacat ! tapi cacat yang cantik .. (;


macamII anugerah ALLAH dekat kita ni , cuma kita ni ja tak pandai nak hargai and tak pernah puas . ada ja yang nak di ubahnya , itu la ini la .. aku pon tergolong dalam orang yang cenggitu , sifat manusia jugak , tak pernah lepas dari kesilapan .. tapi ? sekali tersilap , SUDAH ! jangan gedikII nak ulang kali kedua benda yang sama .. ! (;



p/s : sesiapa yang ada gigi manis macam aku ni , tak payah malu , tak payah segan .. kita special ! comel what gigi macam ni , nampak unik sikit .. hahaha ! bukti
(gigi taring !) & (taring oh taring !comel . . (;
(oke . sekadar nak sedapkan hati yang sebetulnya)















k. Daaaa (;

jalan-jalan cuci mata yukk !