About Me

My photo
Ya Allah ! Terima kasih pinjamkan dunia sementara untuk aku bergelak ketawa berduka sedih.

accepted de hakikat .


ASSALAMMUALAIKUM  (;



hooray hooray . Alhamdulillah sempat jugak merasa tahun baru . niat baru . bersihkan hati yang penuh dengan dosa lama . bukak buku baru and cerita hidup baru . itu lebih bagus bukan ??

azam tahun baru yang pertama is trying to be a better muslimah than before . . cuba untuk buang sifat malas yang susah sangat nak kikis dalam diri yang dah jadi sebahagian dari diri aku dah ha . macam bff pon ada jugak . kalah bff . kemana ja aku pergi kat situla dia ada . kekadang sampai malas nak angkat tangan suap nasik dalam mulut . bukan tu ja kunyah pun rasa malassss ja . kalau boleh, nak telan ja terus tapi tak gamak takut tercekik . sampai tahap gituu . TERUK ! hahaha . 


kedua . belajar jangan terlalu banyak bagi peluang pada orang lain even dia kawan yang paling kita sayang . tak kisah la rapat macamanapun kita . terlalu banyak dah peluang yang aku bagi . terlalu banyak dah ego yang aku campak jejauh . tapi yang aku dapat . kecewa . apa tu ? sakit tau kecewa tu sebenarnya . lagi sakit dari jari luka kena kaca . aku baik dengan orang bukan sebab atas sesuatu yang ada pada orang tu . tak boleh ke orang baik dengan aku atas sebab diri aku ? bukan atas sebab musabab lain contoh : nak tanya something dandan baik . nak korek rahsia sanggup talifon bagai .


hati bukan benda mainan yang boleh campak sana sini . bila rasa nak pakai kutip balik . bukan ! hati anugerah Allah yang tak ternilai . bersihnya hati seseorang tu bersihlah jugak luaran dia . dengki mengki ni tak bawak ke mana . nak bawak jenjalan pun tak boleh apatah lagi nak bawak gik makan . lagi la tak boleh ! kalau terselit perasaan dengki tu cepatcepat cuci dia . gosok daki daki yang terlekat tu sampai bersih . itu baru namanya SENANG HATI . (;


ketiga . bahagiakan family especially mak abah . bahagiakan mereka selagi berpeluang . beri mereka peluang untuk tersenyum sentiasa selagi hayat masih ada . selagi waktu masih mengizinkan . itu lagi terbaik dari semua benda . hidup kita bukan sentiasa senang bukan jugak sentiasa di atas . tapi belajarlah untuk sentiasa mengingati mereka samada kita jatuh atau bangkit . takmau cakap "uhhh hmmm satla! haih!" bila mak suruh buat something and belajarlah untuk peluk cium mak abah kita setiap hari . tak salah dan jangan malu . benda baik mesti amalkan . (':


keempat . menuju kearah muslimah sejati . hehe . macam tak caya ja kan ? tapi itu lah yang aku nak sangatsangat sebelum aku cecah umur 23 tahun . perubahan kearah yang lebih baik . yang lebih sopan . yang lebih sedap mata memandang baru sejuk perut mak aku ngandungkan aku 9bulan . hewhewhew . (;
tapi nak berubah ke arah gitu bukan senang . cakap memang senang . pompang sana sini nak buat tu MasyaAllah , perlukan kekuatan .  perlukan ketabahan ..tolong tolong tolong doakan ye anda anda semua? 

lastly . paling tak guna punya azam . nak sentiasa awet muda . jangan sesekali berani panggil MAKCIK atau kakak atau puan . hahhaha . harihari panggil adik ye . baru lah nampak muda . always young . forever and ever . kehkehkeh  ^_^





salam tahun baru , 
NURUL ATIQAH ..
(mata berkantung belah bawah . anggap ja itu suatu kekurangan yang cantik . kehkehkeh)









4 comments:

Noura Qifays said...

happy new year akk cantek ! :)

qayyum said...

selamat tahun baru... smoga tahun ini lbh baik dri tahun2 sblmnya.. sentiasa lah berfikiran positif ok!!

aQu Mad said...

salam kenal :)

AwieKashi said...

walaupun lambat,,selmat maulud nabi.. ;)

jalan-jalan cuci mata yukk !