About Me

My photo
Ya Allah ! Terima kasih pinjamkan dunia sementara untuk aku bergelak ketawa berduka sedih.
Showing posts with label luahanhati. Show all posts
Showing posts with label luahanhati. Show all posts

Tanda tanya


Sesiapa saja ! cakap memang mudah nak berlaku jujur itu yang tak mudah .
sebaik mana pun kau , sealim mana pun kau , kalau alim kau itu hanya untuk menutup mata semua orang tentang keaiban lalu kau . 
Kau RUGI .

Percayalah , kau satu satunya manusia paling rugi . 
Tak sayang ke kau pengorbanan kau selama ni sikitpun tak bernilai sebab adanya riak , takbur walaupun sebesar zarah . Allahuakhbar ! 

Berubah kerana Allah . 
Bukan berubah kerana orang , harta benda , populariti
BUKAN ! 

Manusia yang aku salute selama ni yang aku berdebar bila tengok dia, 
Dah jadi manusia yang buatkan aku hilang hormat, hilang debar, hilang respect .
Yang tinggal tanda tanya .
Kenapa , mengapa kau berperangai begitu begini?

Atau aku yang salah menilai.
Atau aku yang salah pandangan.
Atau aku yang belum mengenali kau ?

Tolong tunjukkan aku apa yang kau mahu sebenarnya?
Apa yang ada dalam hati kau sebenarnya?
Apa niat baik kau yang tersembunyi jauh di sudut hati itu sebenarnya?

Tunjuk supaya mati semua tanda tanya.

Takdir



Langsung tak kisah dengan mulut orang sebelah menyebelah .
Apa mereka tahu? selain bisik bisik kosong pura pura suka.
Tak luak sikit pon dengan kebencian mereka.

Yang pasti aku kau orang paling rapat yang tahu kisah antara kita.
Yang pasti sekarang aku happy .
TOLONG . jangan gugat kebahagiaan aku.
Kau bukan siapa siapa .
Kau takde hak nak selak kebahagiaan aku.
Maaf itu hakikat.

Belajar terima kenyataan walaupun kau tercekik tersedak masa menelan
Belajar terima takdir yang memang tak sebelah kau.
Sebelah aku mungkin?

Hanya Dia yang Maha Mengetahui .
Sesungguhnya aku letak 110% kepercayaan aku pada Penciptaku.
Dia yang paling berhak. Mutlak.

Terimakasih Ya Allah,
Kau rampas yang bahagia tapi Kau gantikan dengan yang Indah hakiki.
Aku bersyukur.
Maafkan aku kalau tak cukup berterimakasih Ya Allah.












DIAM - SEPI


Takde angin takde ribut . 
Kau serang aku . 
Kau kata ikut sedap mulut kau . 
Ikut bahasa kau .


Aku diam . 
Tangan sejuk ngalahkan ais ketul menahan marah .
Menahan diri dari jadi api seperti kau. 
Bukan mengalah bukan malu bukan ego tapi aku selesa dengan pilihan ais ketul aku .
Dengan kuasa Allah ais aku boleh padamkan api kau .
Mana tahu? 


Aku diam.
Aku hormat kau takmau ada rasa benci. 
Takut nanti terpaksa berkasih .
Benci ni jangan dibuat main .
Sekali membenci susah nak sembuh . 
Itu kau kena tahu .


Aku diam .
Berdoa supaya dapat lawan rasa marah . 
Takmau jadi sahabat syaitan . Pemarah! 
Berdoa supaya kau berubah entah esok entah lusa 
Aku atau kau yang dijemputNya dulu . 
Siapa tahu? 


Itu semua kuasa Allah . 
Aku hanya boleh DIAM dan BERDOA . 
Itu kuasa aku , itu hak aku . 
Dan sekarang 
Apakata kau pulak diam ? 


accepted de hakikat .


ASSALAMMUALAIKUM  (;



hooray hooray . Alhamdulillah sempat jugak merasa tahun baru . niat baru . bersihkan hati yang penuh dengan dosa lama . bukak buku baru and cerita hidup baru . itu lebih bagus bukan ??

azam tahun baru yang pertama is trying to be a better muslimah than before . . cuba untuk buang sifat malas yang susah sangat nak kikis dalam diri yang dah jadi sebahagian dari diri aku dah ha . macam bff pon ada jugak . kalah bff . kemana ja aku pergi kat situla dia ada . kekadang sampai malas nak angkat tangan suap nasik dalam mulut . bukan tu ja kunyah pun rasa malassss ja . kalau boleh, nak telan ja terus tapi tak gamak takut tercekik . sampai tahap gituu . TERUK ! hahaha . 


kedua . belajar jangan terlalu banyak bagi peluang pada orang lain even dia kawan yang paling kita sayang . tak kisah la rapat macamanapun kita . terlalu banyak dah peluang yang aku bagi . terlalu banyak dah ego yang aku campak jejauh . tapi yang aku dapat . kecewa . apa tu ? sakit tau kecewa tu sebenarnya . lagi sakit dari jari luka kena kaca . aku baik dengan orang bukan sebab atas sesuatu yang ada pada orang tu . tak boleh ke orang baik dengan aku atas sebab diri aku ? bukan atas sebab musabab lain contoh : nak tanya something dandan baik . nak korek rahsia sanggup talifon bagai .


hati bukan benda mainan yang boleh campak sana sini . bila rasa nak pakai kutip balik . bukan ! hati anugerah Allah yang tak ternilai . bersihnya hati seseorang tu bersihlah jugak luaran dia . dengki mengki ni tak bawak ke mana . nak bawak jenjalan pun tak boleh apatah lagi nak bawak gik makan . lagi la tak boleh ! kalau terselit perasaan dengki tu cepatcepat cuci dia . gosok daki daki yang terlekat tu sampai bersih . itu baru namanya SENANG HATI . (;


ketiga . bahagiakan family especially mak abah . bahagiakan mereka selagi berpeluang . beri mereka peluang untuk tersenyum sentiasa selagi hayat masih ada . selagi waktu masih mengizinkan . itu lagi terbaik dari semua benda . hidup kita bukan sentiasa senang bukan jugak sentiasa di atas . tapi belajarlah untuk sentiasa mengingati mereka samada kita jatuh atau bangkit . takmau cakap "uhhh hmmm satla! haih!" bila mak suruh buat something and belajarlah untuk peluk cium mak abah kita setiap hari . tak salah dan jangan malu . benda baik mesti amalkan . (':


keempat . menuju kearah muslimah sejati . hehe . macam tak caya ja kan ? tapi itu lah yang aku nak sangatsangat sebelum aku cecah umur 23 tahun . perubahan kearah yang lebih baik . yang lebih sopan . yang lebih sedap mata memandang baru sejuk perut mak aku ngandungkan aku 9bulan . hewhewhew . (;
tapi nak berubah ke arah gitu bukan senang . cakap memang senang . pompang sana sini nak buat tu MasyaAllah , perlukan kekuatan .  perlukan ketabahan ..tolong tolong tolong doakan ye anda anda semua? 

lastly . paling tak guna punya azam . nak sentiasa awet muda . jangan sesekali berani panggil MAKCIK atau kakak atau puan . hahhaha . harihari panggil adik ye . baru lah nampak muda . always young . forever and ever . kehkehkeh  ^_^





salam tahun baru , 
NURUL ATIQAH ..
(mata berkantung belah bawah . anggap ja itu suatu kekurangan yang cantik . kehkehkeh)









sabar itu bahagia (':


ASSALAMUALAIKUM  (;


tudiaaaa , ni memang betul gila ! lama tak update blog . sebab?? bukan sibuk mana pon, tapi malas tu yang sebenarnya dalam diri .. main pesbuk boleh pulak ye ? hehe .. (;

oke, entry kali ini sekadar luahan hati seorang gadis yang dah berhari-hari sedih basah je mata hidung dia setiap malam airmata je peneman tidur dia .. maka dengan itu makin busuk laaa bau wangi yang terlekat di bantal busuk aku .. jangan memain wehh , busuk busuk tuu makin hari makin aku sayangg tau ! kehkeh .

Alhamdulillah sangat, aku betul-betul bersyukur kesabaran aku selama ni membuahkan hasil yang aku sendiri tak pernah jangka .. Ya Allah, betapa pengasihnya Mu Ya Allah , berkat kesabaran aku dibalas dengan hasil yang lumayan . aku bersalah sebab pada ketika aku dilanda musibahMu aku tak habis-habis salahkan diri aku, salahkan orang lain . tapi aku tak sedar yang segala dugaan dan musibah buatkan aku lebih dekat denganMu .. 

lima tahun aku pendam perasaan aku terhadap seorang hambaMu yang dia boleh digelar mak bagi aku . aku buta, aku tak nampak kasih sayang dia terhadap aku . aku salah sebab hari-hari hati aku tak pernah putus salahkan dia . ada ja yang tak kena . . lima tahun hati aku kotor . penuh dengan dendam cemburu hasad dengki semua jenis kuman la ada dalam hati aku .. lima tahun bukan masa yang singkat, terlalu lama bagi seorang gadis yang tak pernah nak sedar kesalahannya sendiri . 

memang dia bukan mak kandung aku , tapi aku tak sepatutnya layan dia macamtu, aku tak sepatutnya ada selit perasaan benci dekat dia . dia dah cuba yang terbaik untuk buat kami rapat, ye! aku nampak semua tu .. aku je bodoh sebab tak pandai nak nilai , main ikut kepala batu aku je . mana taknya, ego tinggi sampai ke bintang . kalau boleh sampai ke planet lain, dah sampai gamaknya . heh! kadang-kadang bila fikirkan balik macam bebudak la sangat aku nii .. apa susahnya nak terima kasih seorang mak . just bukakan hati lapangkan dada and terima seadanya dengan ikhlas . thats it . 

disini aku nak tekankan lagi, aku bukan tak pernah mencuba . malah, berkali-kali and tak pernah putus doa dari hati aku supaya aku boleh accept her like my own mom , tapi itula bila si iblis dah merajai dalam hati . sampaikan aku tak nampak benda yang baik . benda yang buruk je aku nampak kat dia . semua tak kena dimata aku . ada je salah dia aku cari . tapi untuk tutup perasaan bersalah aku, aku tuding jari ke arah dia balik, aku tuduh dia macam-macam . . janji hati aku puas . aku memang teruk mak

setiap malam menitis airmata aku bukanlah sebab aku sedih tapi sebab aku malu dengan diri aku and aku taknak kehilangan kasih sayang mak yang tak seberapa tu dalam life aku . aku tak boleh nak tipu diri aku, yang aku dah semakin sayang mak . dah semakin selesa dengan kehadiran kau mak walaupun aku tak pernah tunjukkan yang aku sayang kau, tapi beza benar perasaan aku dengan perwatakan aku yang aku tunjukkan. aku tak tau kenapa aku jadi insan yang terlampau ego sampaikan benda tu kadang-kadang makan diri aku balik . i mean, memalukan aku balik . huh ! memang sangat budak-budak . itu yang sangat tepat dengan diri aku . .

tapi aku tak sangka kau sudi maafkan aku macam tak ada apa-apa yang berlaku , kau sudi anggap aku macam anak kau lagi walaupun hati aku dulu busuk sangat . yang lagi aku tak sangka betapa mulianya hati kau mak , kau jadi semakin rapat dengan aku, macam dah tak ada gap between kita . tak macam dulu , dulu memang susah aku nak sembang potpet potpet dengan kau, malah nak story something pon aku macam hendak tak hendak saja , itu memang salah aku . aku sepatutnya lebih matang . pandang ke depan and jangan terlalu keanak-anakan . 

hati aku terbuka untuk memohon maaf dengan kau petang tu , dengan berdebarnya aku bertandang ke rumah kau membawa harapan yang kau akan maafkan aku and semuanya pulih macam biasa .. memang tak menghampakan , masuk je aku dalam rumah kau , aku disambut dengan baik , dihidangkan lagi makan minum untuk aku supaya aku selesa . aku sangat menghargai usaha tu semua . . dengan ikhlas aku memohon maaf dan meluahkan segala yang aku rasa terhadap kau selama lima tahun ni . Alhamdulillah kau terima maaf aku and saat aku salam cium tangan kau peluk aku , aku betul-betul terharu . sampaikan masa nak balik aku tertinggal purse atas sofa rumah kau mak . hehehe . *baru je nak feeling bagai time tu dah potong stim , purse boleh tertinggal pulok , caittt ! 

aku dapat rasa hubungan kita semakin baik sebab semalam masa kau talifon aku ajak bersembang , tetiba terputus . rupanya kau tengah kerja , kau usaha balik cepat-cepat talifon aku sambung sembang balik . . hmmm , semua ni berkat kesabaran and kekuatan hati yang Allah pinjamkan untuk aku . .
and now moral value dia adalah aku percaya semua benda ada penyelesaiannya, selagi kita berdoa and tak putus berusaha , selagi itu laa ada jalan penyelesaian untuk kita ..Insyaallah tak ada yang mustahil dengan berdoa (':


terima kasih sangat mak  ! eh lupaaa pulak , selamat menyambut Ramadhan yang akan datang ye korang . moga lebih berkat dari tahun sebelum nii ye ? (':






eh ? ikhlas dari hati ..


ASSALAMUALAIKUM  (;


Sorry sangat sebab gila lama tak online and tak sempat nak update blog . padahal story banyak sangat dah ni terpendam.. sorry again, busy la study, ingatkan sem last ni makin lapang , rupanya ? makin banyak benda yang nak dibuat, ada ja benda ! ish , tapi sompat lagiiii eden lepak-lepak dengan member hujung minggu. maklumla, last sem , after this tak jumpa dah, jenuh tunggu reunion pulokk ntah bila la nak jumpa kalau reunion tu.. tipu ja tak semua nanti datang.. plus, kalau yang dah ada anak laki bini semua. maunya berjimba lagi dengan member seperjuangan yang still single mingle? takdenya ! 

Last sem ni macam-macam jadi kat aku. maybe sebab last sem kot so benda ni jadi supaya aku tak lupakan tempat study aku tuh. kehkehkeh ..
Baru aku sedar bila benda ni jadi kat aku, aku boleh redah langgar je benda ni on my own feet. means, aku dah matang wehhhh, da matang means dah dewasa ! hahaha tak sangka dah dewasa rupanya kau NURUL ATIQAH oitsss . padahal rasa baru semalam je belajar merangkak. oke! yang tu tipu . 

benda pertama yang jadi kat aku yang benda ni memang aku tak sangka sangat sebab selama ni aku cuma tengok dalam drama melayu ja, takpon novel melayu.. tengok-tengok jadi kat aku.memang meroyan la sat kan, blur terkejut taktau nak buat apa . kadang-kadang tergelak jugak aku dengan member aku bila bayangkan benda ni jadi kat aku.. 

YELA ! korang bayangkan laa lecturer korang yang mengajar korang selama ni jatuh hati dekat korang. tak ke gila namanya tuh ?? bagi korang maybe benda tu biasa dalam alam IPT. tapi bagi aku tak ! aku tak pernah terdedah benda-benda cenggini. ceh! bajet gadis melayu je padahal diri tak segadis langsung, kasar ja tutur kata pon.. 

MEMANG ! memang dia kaya, rupa handsome ala fahrin ahmad lagiiii.. semua cukup dekat dia.. tapi? Hati aku tak boleh dibeli dengan wang ringgit. kaya manapon dia, handsome mana pon dia, kalau hati aku dah tak boleh terima still tak boleh terima. aku tak mintak pon dia jatuh hati dekat aku, apatah lagi berangan-angan nak dia ngorat aku, TAK ! 

memang dulu aku selalu sembang dengan member cemana la perasaan kita bila lecturer kita ngorat kita? mau pulak yang handsome macam encik ni .. mesti best bangga kan ? dandan terasa diri cun. tapi bila dah kena dekat diri sendiri SUMPAH tak best wehhhh , langsung tak bangga langsung tak rasa diri cun ke hapa. nak rasa pekebendanya ! kalau hari-hari aku asyik susah hati nak lari dari dia. susah sangat perasaan tu , aku taktau siapa yang faham aku, aku tak boleh nak buat taktau ja dekat dia, dia lecturer aku, paper exam aku dia yang semak, markah kat tangan dia.. aku serabut , aku stress bila banyak sangat mulut kata itu ini.. ada yang kata tak payah layan, lantak ja kat result aku tuh , ada pulak yang kata layan wehh sampai dapat result baru tinggal dia.. ada yang teruk lagi, ambik je dia, duit pon banyak, manager side income confirm banyak, lecturer pulak tuh.. rugi kau tak ambik.. 

senang kan korang cakap , yang aku ni, yang menanggung .. hari-hari kol, mesej, apa ni? tolongglaaa dalam ramai-ramai budak kat IPT aku tuh yang lagi cun melecun kenapa aku jugak yang dia kena pilih? serious aku tak paham sampai sekarang. nak gila kalau pikir benda ni je . 

aku pon ada life aku, aku happy macamni, tanpa kawan dengan orang yang kaya raya bagai, sederhana itu kadang-kadang lebih better bagi aku. aku serba kekurangan, tak ada apa pon yang menarik tentang aku, aku makan nasik duduk, bukan berdiri, minum air guna cawan bukan mangkuk . sama ja dengan orang lain kan ? kan ? 

aku harap sangat orang tak salah faham aku dengan dia, aku tak pernah pon ada niat nak perguna dia tanya soalan bocor ke hape ke , tak langsung.. sebab aku takmo terhutang budi hapa pon dengan dia, aku takmo ada kaitan dengan dia, last aku jumpa dia masa aku belajar dekat IPT , so itu dikira kenangan aku dengan dia, sekarang perjuangan aku sebagai student pon dah berakhir and aku harap dia dah lupakan aku and cari je yang lain yang boleh jaga dia sayang dia terima dia seadanya.. aku tak kesah kalau dia nak lupakan aku, aku hormat dia as my lecturer . thats it ! 
kalau perasaan aku tersuka kat dia, itu semua dugaan jahat dalam kepala hotak aku yang agak biul sebab terlalu stress, harap maklum ! ikhlas dari hati .. (;

YES ! memang aku sayang dia, sayang pon sebagai lecturer sebab dia dah banyak ajar aku itu ini, penat lelah dia bagi ilmu dekat student dia, kuranghajo ler kalau aku tak appreciate langsung kan ? tapi sayang student kepada lecturer tak sama sayang kita pada orang yang kita suka, cinta. TAK! perasaan tu lain , lain sangat.. 

kalau korang kat tempat aku, apa yang korang akan buat? mesti benda yang sama kan.. 
pleaseeee faham orang sekeliling aku yang aku sayang, aku bukan macam yang korang sangkakan .. (':








jalan-jalan cuci mata yukk !