About Me

My photo
Ya Allah ! Terima kasih pinjamkan dunia sementara untuk aku bergelak ketawa berduka sedih.

DIAM - SEPI


Takde angin takde ribut . 
Kau serang aku . 
Kau kata ikut sedap mulut kau . 
Ikut bahasa kau .


Aku diam . 
Tangan sejuk ngalahkan ais ketul menahan marah .
Menahan diri dari jadi api seperti kau. 
Bukan mengalah bukan malu bukan ego tapi aku selesa dengan pilihan ais ketul aku .
Dengan kuasa Allah ais aku boleh padamkan api kau .
Mana tahu? 


Aku diam.
Aku hormat kau takmau ada rasa benci. 
Takut nanti terpaksa berkasih .
Benci ni jangan dibuat main .
Sekali membenci susah nak sembuh . 
Itu kau kena tahu .


Aku diam .
Berdoa supaya dapat lawan rasa marah . 
Takmau jadi sahabat syaitan . Pemarah! 
Berdoa supaya kau berubah entah esok entah lusa 
Aku atau kau yang dijemputNya dulu . 
Siapa tahu? 


Itu semua kuasa Allah . 
Aku hanya boleh DIAM dan BERDOA . 
Itu kuasa aku , itu hak aku . 
Dan sekarang 
Apakata kau pulak diam ? 


5 comments:

Kyra said...

knapa :(

! Gadis Kampung ! said...

Ada masalah . Sedih laaa weh . Bukan masalah dgn buah hati . Tp mak buah hati ;'(

Aqilah Qeyla said...

sabar ya agh..lau nk share pa² msj alg k :)

! Gadis Kampung ! said...

aqilah : thankss along (':

Ayu Zulkifle said...

salam.. jom singgah sini http://ayuzulkifle.blogspot.com/
=)

jalan-jalan cuci mata yukk !