About Me

My photo
Ya Allah ! Terima kasih pinjamkan dunia sementara untuk aku bergelak ketawa berduka sedih.

eh ? ikhlas dari hati ..


ASSALAMUALAIKUM  (;


Sorry sangat sebab gila lama tak online and tak sempat nak update blog . padahal story banyak sangat dah ni terpendam.. sorry again, busy la study, ingatkan sem last ni makin lapang , rupanya ? makin banyak benda yang nak dibuat, ada ja benda ! ish , tapi sompat lagiiii eden lepak-lepak dengan member hujung minggu. maklumla, last sem , after this tak jumpa dah, jenuh tunggu reunion pulokk ntah bila la nak jumpa kalau reunion tu.. tipu ja tak semua nanti datang.. plus, kalau yang dah ada anak laki bini semua. maunya berjimba lagi dengan member seperjuangan yang still single mingle? takdenya ! 

Last sem ni macam-macam jadi kat aku. maybe sebab last sem kot so benda ni jadi supaya aku tak lupakan tempat study aku tuh. kehkehkeh ..
Baru aku sedar bila benda ni jadi kat aku, aku boleh redah langgar je benda ni on my own feet. means, aku dah matang wehhhh, da matang means dah dewasa ! hahaha tak sangka dah dewasa rupanya kau NURUL ATIQAH oitsss . padahal rasa baru semalam je belajar merangkak. oke! yang tu tipu . 

benda pertama yang jadi kat aku yang benda ni memang aku tak sangka sangat sebab selama ni aku cuma tengok dalam drama melayu ja, takpon novel melayu.. tengok-tengok jadi kat aku.memang meroyan la sat kan, blur terkejut taktau nak buat apa . kadang-kadang tergelak jugak aku dengan member aku bila bayangkan benda ni jadi kat aku.. 

YELA ! korang bayangkan laa lecturer korang yang mengajar korang selama ni jatuh hati dekat korang. tak ke gila namanya tuh ?? bagi korang maybe benda tu biasa dalam alam IPT. tapi bagi aku tak ! aku tak pernah terdedah benda-benda cenggini. ceh! bajet gadis melayu je padahal diri tak segadis langsung, kasar ja tutur kata pon.. 

MEMANG ! memang dia kaya, rupa handsome ala fahrin ahmad lagiiii.. semua cukup dekat dia.. tapi? Hati aku tak boleh dibeli dengan wang ringgit. kaya manapon dia, handsome mana pon dia, kalau hati aku dah tak boleh terima still tak boleh terima. aku tak mintak pon dia jatuh hati dekat aku, apatah lagi berangan-angan nak dia ngorat aku, TAK ! 

memang dulu aku selalu sembang dengan member cemana la perasaan kita bila lecturer kita ngorat kita? mau pulak yang handsome macam encik ni .. mesti best bangga kan ? dandan terasa diri cun. tapi bila dah kena dekat diri sendiri SUMPAH tak best wehhhh , langsung tak bangga langsung tak rasa diri cun ke hapa. nak rasa pekebendanya ! kalau hari-hari aku asyik susah hati nak lari dari dia. susah sangat perasaan tu , aku taktau siapa yang faham aku, aku tak boleh nak buat taktau ja dekat dia, dia lecturer aku, paper exam aku dia yang semak, markah kat tangan dia.. aku serabut , aku stress bila banyak sangat mulut kata itu ini.. ada yang kata tak payah layan, lantak ja kat result aku tuh , ada pulak yang kata layan wehh sampai dapat result baru tinggal dia.. ada yang teruk lagi, ambik je dia, duit pon banyak, manager side income confirm banyak, lecturer pulak tuh.. rugi kau tak ambik.. 

senang kan korang cakap , yang aku ni, yang menanggung .. hari-hari kol, mesej, apa ni? tolongglaaa dalam ramai-ramai budak kat IPT aku tuh yang lagi cun melecun kenapa aku jugak yang dia kena pilih? serious aku tak paham sampai sekarang. nak gila kalau pikir benda ni je . 

aku pon ada life aku, aku happy macamni, tanpa kawan dengan orang yang kaya raya bagai, sederhana itu kadang-kadang lebih better bagi aku. aku serba kekurangan, tak ada apa pon yang menarik tentang aku, aku makan nasik duduk, bukan berdiri, minum air guna cawan bukan mangkuk . sama ja dengan orang lain kan ? kan ? 

aku harap sangat orang tak salah faham aku dengan dia, aku tak pernah pon ada niat nak perguna dia tanya soalan bocor ke hape ke , tak langsung.. sebab aku takmo terhutang budi hapa pon dengan dia, aku takmo ada kaitan dengan dia, last aku jumpa dia masa aku belajar dekat IPT , so itu dikira kenangan aku dengan dia, sekarang perjuangan aku sebagai student pon dah berakhir and aku harap dia dah lupakan aku and cari je yang lain yang boleh jaga dia sayang dia terima dia seadanya.. aku tak kesah kalau dia nak lupakan aku, aku hormat dia as my lecturer . thats it ! 
kalau perasaan aku tersuka kat dia, itu semua dugaan jahat dalam kepala hotak aku yang agak biul sebab terlalu stress, harap maklum ! ikhlas dari hati .. (;

YES ! memang aku sayang dia, sayang pon sebagai lecturer sebab dia dah banyak ajar aku itu ini, penat lelah dia bagi ilmu dekat student dia, kuranghajo ler kalau aku tak appreciate langsung kan ? tapi sayang student kepada lecturer tak sama sayang kita pada orang yang kita suka, cinta. TAK! perasaan tu lain , lain sangat.. 

kalau korang kat tempat aku, apa yang korang akan buat? mesti benda yang sama kan.. 
pleaseeee faham orang sekeliling aku yang aku sayang, aku bukan macam yang korang sangkakan .. (':








eh ? gadis bermakeup semua GEDIK !


ASSALAMUALAIKUM  (;



#sila lempang aku , sebab letak gamba besarbesar . sudahla makeup serabut . maaf jika wa menyakitkan mata anda . wa memang tak pandai makeup .. harap maap (;



awatnya ? asal makeup ja dicop gedik . . sukati korang je kan cakap gitu ? mana boleh . makeup tu ada banyak kelebihan tau tak ! tapi bukan makeup tebal laaa .. hehe makeup ciput-ciput ja nampak muka putih sikit dari asal cukup la . bukan macam tepung gomak tuh , itu aku pon meremang bulu roma tengok . . 



kelebihan makeup :

# dapat menutup segala cela , bukan kita tak bersyukur tapi kalau cela tu buatkan someone tu rasa segan nak keluar rumah bercampur dengan orang ramai ke hapa ke , haaa atleast dengan makeup tidak ler rasa terlalu segan menebal dalam diri , bukan mengajar untuk hipokrit .. tapi untuk lebih yakin diri .. (;


# tak semua gadis bangun pagi je muka segar bugar , ada ja yang tidak . haa , time ni la kuasa makeup jadi hero kita bagi si gadis . SEBABNYA ? bila kita makeup walaupun hanya dengan tempek bedak sahaja tanpa  conteng muka dengan colourful makeup pon dah cukup untuk kita si gadis nampak segar dan bermaya . eh ! berseri kot lebih sesuai . nak jugak seri meri , dah namanya wanita kan ? memang begini . hihi (;


# makeup yang sesuai dapat buat hari kita lebih ceria , maklumla gadis lebih hebat angin moody nya dari lelaki, so .. mengelakkan moody sentiasa .. makeup la walaupun secalit bedak . eh silap ! lip ice .. bedak mana boleh main calit calit . kang comot aku pulak yang dipersalahkan . err ! 
AWAS , jangan pulak pilih makeup yang tak kena hari kita , hari biasa dipakainya lipstick merah nyala . bila jalan je mula la orang soksek sana sini merahnyaaa kau makngah . ha sudah ! dah jatuh saham . kesederhanaan itu bukankah lebih elok ?? (:


malas nak taip banyak-banyak . NAH ! tengok gamba-gamba di bawah ni , kalau pandai teka mana satu tanpa makeup and mana satu yang muka kena conteng !
SELAMAT MENEKA   ^__^



sengihan pertama (;


sengihan ala gedik kedua (;



sengihan bajet ketiga (;



sengihan getaran keempat (;


p/s : hebat tak aku ? macam macam sengihan aku boleh buat . kehkehkeh , paling can't go sengihan getaran . geli dada wa baca .  kihkih (;





jalan-jalan cuci mata yukk !