About Me

My photo
Ya Allah ! Terima kasih pinjamkan dunia sementara untuk aku bergelak ketawa berduka sedih.

Tanda tanya


Sesiapa saja ! cakap memang mudah nak berlaku jujur itu yang tak mudah .
sebaik mana pun kau , sealim mana pun kau , kalau alim kau itu hanya untuk menutup mata semua orang tentang keaiban lalu kau . 
Kau RUGI .

Percayalah , kau satu satunya manusia paling rugi . 
Tak sayang ke kau pengorbanan kau selama ni sikitpun tak bernilai sebab adanya riak , takbur walaupun sebesar zarah . Allahuakhbar ! 

Berubah kerana Allah . 
Bukan berubah kerana orang , harta benda , populariti
BUKAN ! 

Manusia yang aku salute selama ni yang aku berdebar bila tengok dia, 
Dah jadi manusia yang buatkan aku hilang hormat, hilang debar, hilang respect .
Yang tinggal tanda tanya .
Kenapa , mengapa kau berperangai begitu begini?

Atau aku yang salah menilai.
Atau aku yang salah pandangan.
Atau aku yang belum mengenali kau ?

Tolong tunjukkan aku apa yang kau mahu sebenarnya?
Apa yang ada dalam hati kau sebenarnya?
Apa niat baik kau yang tersembunyi jauh di sudut hati itu sebenarnya?

Tunjuk supaya mati semua tanda tanya.


Pilihan Hati



Hidup kalau tengok kiri kanan
Bandingkan atas bawah
Nak sama depan belakang
Memang takkan boleh bahagia

Kau ingat senang nak puaskan hati semua orang?
Hati kau sendiri pon belum tentu puas

Cukuplah kiri kanan keluarga tersayang
Depan belakang kawan yang betul-betul kawan
Atas bawah manusia yang betul terima kita sayang kita seadanya
Luar dalam hanya Dia yang Esa
Itu sudah cukup untuk buat kita manusia biasa tumpang bahagia


Ini contoh 

Aku perempuan yang suka kikis duit laki
Jadinya bila aku dah kahwin aku kikis duit laki aku
Aku ada anak lelaki seorang, dua orang tiga orang
Masing-masing dah besar dah ada pilihan hati
Aku sebagai seorang mak kepada mereka
Terlalu risau . 
Risaukan mereka 
Takut takut mereka bertemu jodoh perempuan yang kaki kikis

Kenapa perlu takut ?
Perlu risau ?

Sebab,
Anggapan aku semua perempuan sama macam aku
Itu biasa
Kita selalu anggap macamana kita macamtulah orang lain
Sebenarnya salah
Jahat jahat kita baik lagi diri dia
Baik baik kita ada yang lagi baik
Itu pasti.

Hukum karma kan
Kalau takut sesuatu buruk jadi pada orang kita sayang 
Esok lusa tulat tonggeng tahun tahun mendatang
Harini kita mula berubah
Tak boleh banyak sikit pon tak apa

Jangan nanti bila makan dek usia 
Hati dah keras
Dah kosong

Masa tu memang susah, takut takut termakan diri 
Allahuakhbar



Takdir



Langsung tak kisah dengan mulut orang sebelah menyebelah .
Apa mereka tahu? selain bisik bisik kosong pura pura suka.
Tak luak sikit pon dengan kebencian mereka.

Yang pasti aku kau orang paling rapat yang tahu kisah antara kita.
Yang pasti sekarang aku happy .
TOLONG . jangan gugat kebahagiaan aku.
Kau bukan siapa siapa .
Kau takde hak nak selak kebahagiaan aku.
Maaf itu hakikat.

Belajar terima kenyataan walaupun kau tercekik tersedak masa menelan
Belajar terima takdir yang memang tak sebelah kau.
Sebelah aku mungkin?

Hanya Dia yang Maha Mengetahui .
Sesungguhnya aku letak 110% kepercayaan aku pada Penciptaku.
Dia yang paling berhak. Mutlak.

Terimakasih Ya Allah,
Kau rampas yang bahagia tapi Kau gantikan dengan yang Indah hakiki.
Aku bersyukur.
Maafkan aku kalau tak cukup berterimakasih Ya Allah.












DIAM - SEPI


Takde angin takde ribut . 
Kau serang aku . 
Kau kata ikut sedap mulut kau . 
Ikut bahasa kau .


Aku diam . 
Tangan sejuk ngalahkan ais ketul menahan marah .
Menahan diri dari jadi api seperti kau. 
Bukan mengalah bukan malu bukan ego tapi aku selesa dengan pilihan ais ketul aku .
Dengan kuasa Allah ais aku boleh padamkan api kau .
Mana tahu? 


Aku diam.
Aku hormat kau takmau ada rasa benci. 
Takut nanti terpaksa berkasih .
Benci ni jangan dibuat main .
Sekali membenci susah nak sembuh . 
Itu kau kena tahu .


Aku diam .
Berdoa supaya dapat lawan rasa marah . 
Takmau jadi sahabat syaitan . Pemarah! 
Berdoa supaya kau berubah entah esok entah lusa 
Aku atau kau yang dijemputNya dulu . 
Siapa tahu? 


Itu semua kuasa Allah . 
Aku hanya boleh DIAM dan BERDOA . 
Itu kuasa aku , itu hak aku . 
Dan sekarang 
Apakata kau pulak diam ? 


sakit !



Assalamualaikum .



SAKIT.
memang tak pernah kenal orang. siapa kau siapa aku untuk elakkan diri dari sakit.
malah masa tengah enjoy pun boleh sakit. Itu namanya dugaan. 

iye. dugaan yang Allah dah bagi pada umatNya. Bezanya kau sakit sikit aku sakit banyak atau kau sakit banyak aku sakit sikit. Tapi yang bezakan kita sakit itu sendiri. 

macamana kau rasa macamana kau handle macamana kau marahkan sakit itu sebab menyeksa diri kau.
cara aku cara kau masing-masing berlainan. Aku sakit aku mula berharap aku mula rapatkan diri dengan Allah. 


TAHU.
buruk perangai tu sebab masa susah ja ingat Allah. masa senang? Nauzubillah. jauhilah aku dari sifat begitu.
dan sekarang aku dah mula rasa sakit. Padahal tengah happy tengok movie angkara tolehkan muka kesebelah kanan dan.....

ouchh! sakittt yang tiba-tiba dekat leher. kata mak urat terkejut. tak puas hati. google sendiri apa masalah sebenar. ada kata angin dalam badan. ada kata terseliuh urat. macam-macam. sampailah terjumpa satu blog yang katanya ujian Tuhan. 

KATANYA .
cuba ingat apa yang kita leka ? lalai ? 
ingat ingat ingat . 


DONE.
aku tangguhkan solat. jenis aku. sat lagi lah. lagi 10mins lah. ok last lagi 5mins aku bangun pi solat. 


NAH! 
kan dah kena . 
bukan salah siapa. salah diri sendiri. diri sendiri yang malas. diri sendiri yang suka tangguh. bukan baru tapi dari dulu lagi. banggakan sangat hiburan dari kewajipan. 



PADANLAH DENGAN MUKA !






accepted de hakikat .


ASSALAMMUALAIKUM  (;



hooray hooray . Alhamdulillah sempat jugak merasa tahun baru . niat baru . bersihkan hati yang penuh dengan dosa lama . bukak buku baru and cerita hidup baru . itu lebih bagus bukan ??

azam tahun baru yang pertama is trying to be a better muslimah than before . . cuba untuk buang sifat malas yang susah sangat nak kikis dalam diri yang dah jadi sebahagian dari diri aku dah ha . macam bff pon ada jugak . kalah bff . kemana ja aku pergi kat situla dia ada . kekadang sampai malas nak angkat tangan suap nasik dalam mulut . bukan tu ja kunyah pun rasa malassss ja . kalau boleh, nak telan ja terus tapi tak gamak takut tercekik . sampai tahap gituu . TERUK ! hahaha . 


kedua . belajar jangan terlalu banyak bagi peluang pada orang lain even dia kawan yang paling kita sayang . tak kisah la rapat macamanapun kita . terlalu banyak dah peluang yang aku bagi . terlalu banyak dah ego yang aku campak jejauh . tapi yang aku dapat . kecewa . apa tu ? sakit tau kecewa tu sebenarnya . lagi sakit dari jari luka kena kaca . aku baik dengan orang bukan sebab atas sesuatu yang ada pada orang tu . tak boleh ke orang baik dengan aku atas sebab diri aku ? bukan atas sebab musabab lain contoh : nak tanya something dandan baik . nak korek rahsia sanggup talifon bagai .


hati bukan benda mainan yang boleh campak sana sini . bila rasa nak pakai kutip balik . bukan ! hati anugerah Allah yang tak ternilai . bersihnya hati seseorang tu bersihlah jugak luaran dia . dengki mengki ni tak bawak ke mana . nak bawak jenjalan pun tak boleh apatah lagi nak bawak gik makan . lagi la tak boleh ! kalau terselit perasaan dengki tu cepatcepat cuci dia . gosok daki daki yang terlekat tu sampai bersih . itu baru namanya SENANG HATI . (;


ketiga . bahagiakan family especially mak abah . bahagiakan mereka selagi berpeluang . beri mereka peluang untuk tersenyum sentiasa selagi hayat masih ada . selagi waktu masih mengizinkan . itu lagi terbaik dari semua benda . hidup kita bukan sentiasa senang bukan jugak sentiasa di atas . tapi belajarlah untuk sentiasa mengingati mereka samada kita jatuh atau bangkit . takmau cakap "uhhh hmmm satla! haih!" bila mak suruh buat something and belajarlah untuk peluk cium mak abah kita setiap hari . tak salah dan jangan malu . benda baik mesti amalkan . (':


keempat . menuju kearah muslimah sejati . hehe . macam tak caya ja kan ? tapi itu lah yang aku nak sangatsangat sebelum aku cecah umur 23 tahun . perubahan kearah yang lebih baik . yang lebih sopan . yang lebih sedap mata memandang baru sejuk perut mak aku ngandungkan aku 9bulan . hewhewhew . (;
tapi nak berubah ke arah gitu bukan senang . cakap memang senang . pompang sana sini nak buat tu MasyaAllah , perlukan kekuatan .  perlukan ketabahan ..tolong tolong tolong doakan ye anda anda semua? 

lastly . paling tak guna punya azam . nak sentiasa awet muda . jangan sesekali berani panggil MAKCIK atau kakak atau puan . hahhaha . harihari panggil adik ye . baru lah nampak muda . always young . forever and ever . kehkehkeh  ^_^





salam tahun baru , 
NURUL ATIQAH ..
(mata berkantung belah bawah . anggap ja itu suatu kekurangan yang cantik . kehkehkeh)









bentuk badan .



ASSALAMUALAIKUM  (;


Blog ni memang jadi tempat aku sukasuka la kan , rasa ada mood nak taip baru kalut on lappy taip entry baru . kalau tak . cehhh ! harapanla nak ada entry baru . dahla tak berapa nak best blog pon . update pon kadang-kadang ja , haha apalah malang nasib followers aku .. heh ! 

Lama menghilang tetiba update story pasal bentuk badan . phewwww ! memang mantap la kan . jangan pikir bebukan . mantap banyak maksud . hewhew  .  ye . itu adalah sebahagian dari gelak GEDIKss (;
anda tahu ke bentuk badan anda acaner ?? aku rasa bentuk badan aku memang dah habis elok dah , dah cun la kiranya bagi pandangan mata aku . tapi hakikat jauh beza dari imaginasi aku tuuu . huh . kawanII yang kononnya BAIK tu la komen aku ni bongkok la hapa laa .. huhu sedih tahu ?? BONGKOK BONGOK eh lebih kurang ja ! hurm, bongkok teruk ke aku ni ? aduhh dah kenapa pulak boleh jadi bongkok ni ? rasa dulu time sekolah macam elok ja figura badan aku . dah kenapa sekarang bertukar? haish masalah masalah . dah jadi cenggini mula la aku pikir nak pergi gym la konon nak jumpa jurulatih kat gym tu la kot la dia boleh kembalikan figura badan aku balik macam zaman sekolah dolu . hehehe . 

Masalah sekarang nii , semua benda tu perlukan DUIT . ish dah namanya kedekut . memang tak la kan aku nak bazir semata demi figura yang berubah . itupon tak tahu ntah betul ntah idak .(still tak mau terima kenyataan yang diri dah mula bongkok ) . search google tak yah kata laaa , beratus kali cari manatau kot ada     
cara tradisional yang tak perlukan kita membazir . hahaha bukan apa, membazir tu kan amalan SYAITONNN . sangatla tidak baik ye anak-anak . . 

cari punya cari godek punya godek . selongkar habis blog orang sana sini . jumpa la entry si cantik manis fatin liyana tuu .. excited la jap tengok dia story pasal corsect PB . alaaa , premium beautiful tuu .. semangat ni nak beli . tengah malam . time tu jugak , capai handphone call sana sini cerita dah jumpa . happy tak terkata laaa .. sempat lagi berangan kot cantikla aku lepas ni . jalan pon badan tegak ja . steady jaaa .. muahaha . 

sekali tengok harga dia . rasanya tak mampu kot . mau vibrate jari aku nak hulur duit kalau beli sekalipon . memang . memang tak sanggup . hurm , pikir lagi . jumpa alternatif lain . minum susu banyak-banyak . hahaha . kesimpulannya pulunla aku setiap malam minum susu takut tua sebelum usia . eh . bukan . be a grandma at 21yrs old . oh sangat tidak best . . 

tapi aku still rasa figura aku tak lah seteruk yang mereka katakan . huh . saja la tuu nak takutkan aku kan . apa pendapat anda ?? adakah bahu saya telah jatuh kedepan?? kalau ada . JANGAN cakap ! just diam and anggukkan kepala . boleh ?? 


yang pertama . kusyuk main handphone . bahu jatuh kedepan pon dah tak sedar . huh ! );



ye eh bongkok ?? tak kot tak kot kan kan ??  =.=''


p/s : minumlaaaa susu nesvita omega plus. disamping kuatkan gigi and tulang dapat jugak sihatkan jantung anda . perjalanan darah pon semacam je lajuu kemain lepas minum susu ni haaa .. tak caya? try ah sendiri (;


*takmau karang panjang-panjang. boring ! sikit-sikit atleast orang baca jugak even the last words right? heheheh (;











sabar itu bahagia (':


ASSALAMUALAIKUM  (;


tudiaaaa , ni memang betul gila ! lama tak update blog . sebab?? bukan sibuk mana pon, tapi malas tu yang sebenarnya dalam diri .. main pesbuk boleh pulak ye ? hehe .. (;

oke, entry kali ini sekadar luahan hati seorang gadis yang dah berhari-hari sedih basah je mata hidung dia setiap malam airmata je peneman tidur dia .. maka dengan itu makin busuk laaa bau wangi yang terlekat di bantal busuk aku .. jangan memain wehh , busuk busuk tuu makin hari makin aku sayangg tau ! kehkeh .

Alhamdulillah sangat, aku betul-betul bersyukur kesabaran aku selama ni membuahkan hasil yang aku sendiri tak pernah jangka .. Ya Allah, betapa pengasihnya Mu Ya Allah , berkat kesabaran aku dibalas dengan hasil yang lumayan . aku bersalah sebab pada ketika aku dilanda musibahMu aku tak habis-habis salahkan diri aku, salahkan orang lain . tapi aku tak sedar yang segala dugaan dan musibah buatkan aku lebih dekat denganMu .. 

lima tahun aku pendam perasaan aku terhadap seorang hambaMu yang dia boleh digelar mak bagi aku . aku buta, aku tak nampak kasih sayang dia terhadap aku . aku salah sebab hari-hari hati aku tak pernah putus salahkan dia . ada ja yang tak kena . . lima tahun hati aku kotor . penuh dengan dendam cemburu hasad dengki semua jenis kuman la ada dalam hati aku .. lima tahun bukan masa yang singkat, terlalu lama bagi seorang gadis yang tak pernah nak sedar kesalahannya sendiri . 

memang dia bukan mak kandung aku , tapi aku tak sepatutnya layan dia macamtu, aku tak sepatutnya ada selit perasaan benci dekat dia . dia dah cuba yang terbaik untuk buat kami rapat, ye! aku nampak semua tu .. aku je bodoh sebab tak pandai nak nilai , main ikut kepala batu aku je . mana taknya, ego tinggi sampai ke bintang . kalau boleh sampai ke planet lain, dah sampai gamaknya . heh! kadang-kadang bila fikirkan balik macam bebudak la sangat aku nii .. apa susahnya nak terima kasih seorang mak . just bukakan hati lapangkan dada and terima seadanya dengan ikhlas . thats it . 

disini aku nak tekankan lagi, aku bukan tak pernah mencuba . malah, berkali-kali and tak pernah putus doa dari hati aku supaya aku boleh accept her like my own mom , tapi itula bila si iblis dah merajai dalam hati . sampaikan aku tak nampak benda yang baik . benda yang buruk je aku nampak kat dia . semua tak kena dimata aku . ada je salah dia aku cari . tapi untuk tutup perasaan bersalah aku, aku tuding jari ke arah dia balik, aku tuduh dia macam-macam . . janji hati aku puas . aku memang teruk mak

setiap malam menitis airmata aku bukanlah sebab aku sedih tapi sebab aku malu dengan diri aku and aku taknak kehilangan kasih sayang mak yang tak seberapa tu dalam life aku . aku tak boleh nak tipu diri aku, yang aku dah semakin sayang mak . dah semakin selesa dengan kehadiran kau mak walaupun aku tak pernah tunjukkan yang aku sayang kau, tapi beza benar perasaan aku dengan perwatakan aku yang aku tunjukkan. aku tak tau kenapa aku jadi insan yang terlampau ego sampaikan benda tu kadang-kadang makan diri aku balik . i mean, memalukan aku balik . huh ! memang sangat budak-budak . itu yang sangat tepat dengan diri aku . .

tapi aku tak sangka kau sudi maafkan aku macam tak ada apa-apa yang berlaku , kau sudi anggap aku macam anak kau lagi walaupun hati aku dulu busuk sangat . yang lagi aku tak sangka betapa mulianya hati kau mak , kau jadi semakin rapat dengan aku, macam dah tak ada gap between kita . tak macam dulu , dulu memang susah aku nak sembang potpet potpet dengan kau, malah nak story something pon aku macam hendak tak hendak saja , itu memang salah aku . aku sepatutnya lebih matang . pandang ke depan and jangan terlalu keanak-anakan . 

hati aku terbuka untuk memohon maaf dengan kau petang tu , dengan berdebarnya aku bertandang ke rumah kau membawa harapan yang kau akan maafkan aku and semuanya pulih macam biasa .. memang tak menghampakan , masuk je aku dalam rumah kau , aku disambut dengan baik , dihidangkan lagi makan minum untuk aku supaya aku selesa . aku sangat menghargai usaha tu semua . . dengan ikhlas aku memohon maaf dan meluahkan segala yang aku rasa terhadap kau selama lima tahun ni . Alhamdulillah kau terima maaf aku and saat aku salam cium tangan kau peluk aku , aku betul-betul terharu . sampaikan masa nak balik aku tertinggal purse atas sofa rumah kau mak . hehehe . *baru je nak feeling bagai time tu dah potong stim , purse boleh tertinggal pulok , caittt ! 

aku dapat rasa hubungan kita semakin baik sebab semalam masa kau talifon aku ajak bersembang , tetiba terputus . rupanya kau tengah kerja , kau usaha balik cepat-cepat talifon aku sambung sembang balik . . hmmm , semua ni berkat kesabaran and kekuatan hati yang Allah pinjamkan untuk aku . .
and now moral value dia adalah aku percaya semua benda ada penyelesaiannya, selagi kita berdoa and tak putus berusaha , selagi itu laa ada jalan penyelesaian untuk kita ..Insyaallah tak ada yang mustahil dengan berdoa (':


terima kasih sangat mak  ! eh lupaaa pulak , selamat menyambut Ramadhan yang akan datang ye korang . moga lebih berkat dari tahun sebelum nii ye ? (':






eh ? ikhlas dari hati ..


ASSALAMUALAIKUM  (;


Sorry sangat sebab gila lama tak online and tak sempat nak update blog . padahal story banyak sangat dah ni terpendam.. sorry again, busy la study, ingatkan sem last ni makin lapang , rupanya ? makin banyak benda yang nak dibuat, ada ja benda ! ish , tapi sompat lagiiii eden lepak-lepak dengan member hujung minggu. maklumla, last sem , after this tak jumpa dah, jenuh tunggu reunion pulokk ntah bila la nak jumpa kalau reunion tu.. tipu ja tak semua nanti datang.. plus, kalau yang dah ada anak laki bini semua. maunya berjimba lagi dengan member seperjuangan yang still single mingle? takdenya ! 

Last sem ni macam-macam jadi kat aku. maybe sebab last sem kot so benda ni jadi supaya aku tak lupakan tempat study aku tuh. kehkehkeh ..
Baru aku sedar bila benda ni jadi kat aku, aku boleh redah langgar je benda ni on my own feet. means, aku dah matang wehhhh, da matang means dah dewasa ! hahaha tak sangka dah dewasa rupanya kau NURUL ATIQAH oitsss . padahal rasa baru semalam je belajar merangkak. oke! yang tu tipu . 

benda pertama yang jadi kat aku yang benda ni memang aku tak sangka sangat sebab selama ni aku cuma tengok dalam drama melayu ja, takpon novel melayu.. tengok-tengok jadi kat aku.memang meroyan la sat kan, blur terkejut taktau nak buat apa . kadang-kadang tergelak jugak aku dengan member aku bila bayangkan benda ni jadi kat aku.. 

YELA ! korang bayangkan laa lecturer korang yang mengajar korang selama ni jatuh hati dekat korang. tak ke gila namanya tuh ?? bagi korang maybe benda tu biasa dalam alam IPT. tapi bagi aku tak ! aku tak pernah terdedah benda-benda cenggini. ceh! bajet gadis melayu je padahal diri tak segadis langsung, kasar ja tutur kata pon.. 

MEMANG ! memang dia kaya, rupa handsome ala fahrin ahmad lagiiii.. semua cukup dekat dia.. tapi? Hati aku tak boleh dibeli dengan wang ringgit. kaya manapon dia, handsome mana pon dia, kalau hati aku dah tak boleh terima still tak boleh terima. aku tak mintak pon dia jatuh hati dekat aku, apatah lagi berangan-angan nak dia ngorat aku, TAK ! 

memang dulu aku selalu sembang dengan member cemana la perasaan kita bila lecturer kita ngorat kita? mau pulak yang handsome macam encik ni .. mesti best bangga kan ? dandan terasa diri cun. tapi bila dah kena dekat diri sendiri SUMPAH tak best wehhhh , langsung tak bangga langsung tak rasa diri cun ke hapa. nak rasa pekebendanya ! kalau hari-hari aku asyik susah hati nak lari dari dia. susah sangat perasaan tu , aku taktau siapa yang faham aku, aku tak boleh nak buat taktau ja dekat dia, dia lecturer aku, paper exam aku dia yang semak, markah kat tangan dia.. aku serabut , aku stress bila banyak sangat mulut kata itu ini.. ada yang kata tak payah layan, lantak ja kat result aku tuh , ada pulak yang kata layan wehh sampai dapat result baru tinggal dia.. ada yang teruk lagi, ambik je dia, duit pon banyak, manager side income confirm banyak, lecturer pulak tuh.. rugi kau tak ambik.. 

senang kan korang cakap , yang aku ni, yang menanggung .. hari-hari kol, mesej, apa ni? tolongglaaa dalam ramai-ramai budak kat IPT aku tuh yang lagi cun melecun kenapa aku jugak yang dia kena pilih? serious aku tak paham sampai sekarang. nak gila kalau pikir benda ni je . 

aku pon ada life aku, aku happy macamni, tanpa kawan dengan orang yang kaya raya bagai, sederhana itu kadang-kadang lebih better bagi aku. aku serba kekurangan, tak ada apa pon yang menarik tentang aku, aku makan nasik duduk, bukan berdiri, minum air guna cawan bukan mangkuk . sama ja dengan orang lain kan ? kan ? 

aku harap sangat orang tak salah faham aku dengan dia, aku tak pernah pon ada niat nak perguna dia tanya soalan bocor ke hape ke , tak langsung.. sebab aku takmo terhutang budi hapa pon dengan dia, aku takmo ada kaitan dengan dia, last aku jumpa dia masa aku belajar dekat IPT , so itu dikira kenangan aku dengan dia, sekarang perjuangan aku sebagai student pon dah berakhir and aku harap dia dah lupakan aku and cari je yang lain yang boleh jaga dia sayang dia terima dia seadanya.. aku tak kesah kalau dia nak lupakan aku, aku hormat dia as my lecturer . thats it ! 
kalau perasaan aku tersuka kat dia, itu semua dugaan jahat dalam kepala hotak aku yang agak biul sebab terlalu stress, harap maklum ! ikhlas dari hati .. (;

YES ! memang aku sayang dia, sayang pon sebagai lecturer sebab dia dah banyak ajar aku itu ini, penat lelah dia bagi ilmu dekat student dia, kuranghajo ler kalau aku tak appreciate langsung kan ? tapi sayang student kepada lecturer tak sama sayang kita pada orang yang kita suka, cinta. TAK! perasaan tu lain , lain sangat.. 

kalau korang kat tempat aku, apa yang korang akan buat? mesti benda yang sama kan.. 
pleaseeee faham orang sekeliling aku yang aku sayang, aku bukan macam yang korang sangkakan .. (':








eh ? gadis bermakeup semua GEDIK !


ASSALAMUALAIKUM  (;



#sila lempang aku , sebab letak gamba besarbesar . sudahla makeup serabut . maaf jika wa menyakitkan mata anda . wa memang tak pandai makeup .. harap maap (;



awatnya ? asal makeup ja dicop gedik . . sukati korang je kan cakap gitu ? mana boleh . makeup tu ada banyak kelebihan tau tak ! tapi bukan makeup tebal laaa .. hehe makeup ciput-ciput ja nampak muka putih sikit dari asal cukup la . bukan macam tepung gomak tuh , itu aku pon meremang bulu roma tengok . . 



kelebihan makeup :

# dapat menutup segala cela , bukan kita tak bersyukur tapi kalau cela tu buatkan someone tu rasa segan nak keluar rumah bercampur dengan orang ramai ke hapa ke , haaa atleast dengan makeup tidak ler rasa terlalu segan menebal dalam diri , bukan mengajar untuk hipokrit .. tapi untuk lebih yakin diri .. (;


# tak semua gadis bangun pagi je muka segar bugar , ada ja yang tidak . haa , time ni la kuasa makeup jadi hero kita bagi si gadis . SEBABNYA ? bila kita makeup walaupun hanya dengan tempek bedak sahaja tanpa  conteng muka dengan colourful makeup pon dah cukup untuk kita si gadis nampak segar dan bermaya . eh ! berseri kot lebih sesuai . nak jugak seri meri , dah namanya wanita kan ? memang begini . hihi (;


# makeup yang sesuai dapat buat hari kita lebih ceria , maklumla gadis lebih hebat angin moody nya dari lelaki, so .. mengelakkan moody sentiasa .. makeup la walaupun secalit bedak . eh silap ! lip ice .. bedak mana boleh main calit calit . kang comot aku pulak yang dipersalahkan . err ! 
AWAS , jangan pulak pilih makeup yang tak kena hari kita , hari biasa dipakainya lipstick merah nyala . bila jalan je mula la orang soksek sana sini merahnyaaa kau makngah . ha sudah ! dah jatuh saham . kesederhanaan itu bukankah lebih elok ?? (:


malas nak taip banyak-banyak . NAH ! tengok gamba-gamba di bawah ni , kalau pandai teka mana satu tanpa makeup and mana satu yang muka kena conteng !
SELAMAT MENEKA   ^__^



sengihan pertama (;


sengihan ala gedik kedua (;



sengihan bajet ketiga (;



sengihan getaran keempat (;


p/s : hebat tak aku ? macam macam sengihan aku boleh buat . kehkehkeh , paling can't go sengihan getaran . geli dada wa baca .  kihkih (;





eh ? dilamun cinta bersama ATUK ..


ASSALAMUALAIKUM  & SALAM SEJAHTERA  (;



"semua artis yang comel-comel , handsome handsome , semua dah nak kahwin ! APA NIH ?? tak best la cenggini .. lepas ni aku nak minat sapa lagi kalau dah semua jadi lakibini orang ?" 



OKE . keadaan menjadi GILA seminit . . sampaikan apa yang aku buat serba serbi tak kena, nak layan milo panas plus taburan milo yang banyak kunun nak layan touching laa, lastly sampai tertumpah tumpah and dibiarkan ja sebab aku malas nak jalan ke dapur semula dan ambil kain buruk (kain yang terkoyak rabak yang memang khusus untuk lap benda kotor sahaja) . . hurr , memang dasar pemalas !


masuk bilik tutup pintu kuat-kuat ! tunjuk protes sebab ramai artis nak kahwin dah sekarang . memang aku dah buang tebiat agaknya , moody tak tentu hala .. kesian artis-artis yang tak bersalah tu , hahaha !  ^,^
OKE ! ni bukan entry GILA or SAWAN . . ni entry nak story pasal atok aku yang bercinta ngalahkan orang muda hebatnya . memang aku double tabik la dengan atok and tokwan aku .. (;


aku rapat sikit dengan atok and tokwan aku yang belah mak aku , maybe sebab atok and tokwan belah daddy aku dah arwah kot . . haaa   ):
nak dijadikan cerita , tokwan aku jatuh sakit . so keadaan time tu jadi kalut la dengan panggilan masuk dari my mom non stop mintak datang hospital cepat sebab tokwan dekat ICU da katanya . aku pon da cuak la , risau tahap gaban punya . pegang itu tak kena ini tak kena . lastly aku rushing pergi . ponteng satu class . . 


jejak ja dekat hospital aku tengok semua dah muka sedih da , apahal ni ? nak tanya takut , so mesej my mom . tak reply . ish ! dah pelik dah , awatnya ni .. haaa ..
call then call sampai my mom angkat and she said she now with my grandpa and call back later . 
tu aja ?? mana la aku puas hati . nak tau jugak jugak ni .. terjenguk jenguk aku kat depan pintu icu tu .. then my cousin datang and bagitau kata tokwan buat perangai . nak balik katanya .. ha ! sudah ! 


dah dipujuk tapi still tokwan aku nak balik , ditariknya wayar wayar yang ada kat jari dia semua . memang dia nekad nak balik agaknya . my mom bincang dengan abang kakak kakak dia and ofcourse MR.DOC then sebulat suara and setekad hati , semua bersetuju bawak dia balik .. 


sampai ja kat rumah orang pertama yang tokwan aku cari atok aku .. aiseyyy , ternganga semua anak anak cucu tokwan aku tengok keadaan romantic gitu . kehkeh .. sweet oke ? (;
atok aku duduk sebelah tokwan aku dan tanpa kata kata hanya sekadar renungan tokwan aku seakan akan faham apa yang nak diucapkan oleh atok aku . dipegangnya tangan tua itu dengan linangan airmata tua .. YES! im envy them , betapa hebatnya cinta diorang , walaupun usia semakin lanjut tapi kuasa cinta tak pernah pudar . 


tokwan aku yang sanggup buat perangai cabut wayar wayar kat tangan dia tanpa hirau yang dia tengah kesakitan rupanya hanya kerana nak balik rumah tengok bini dia . nampak sangat dekat mata tua dia yang betapa risaunya dia dekat bini dia .. sweet bukan bila kita tengok yang tua tunjukkan kasih sayang dia ..  sangat tulus ! (':


OMAIGOD ! one day aku pon nak jumpa cinta sejati cenggitu . TOLONG DOAKAN . hihi  (;
but cinta sekarang tak macam cinta dulu dah , dulu kalau sehidup semati berjanji , sehidup semati lah ditepati . tapi kalau sekarang sehidup semati berjanji , tak sempat nak mati dah mungkir janji . apakah itu ?? wajib ke dipanggil cinta ? TAK . sebab cinta tu suci berlandaskan iman and hukum hakam .. bukan cinta sekadar nafsu bukan cinta sekadar suka suka . . 




# cinta memang buat kita rasa bahagia , cinta ALLAH buat kita tenang , cinta PARENTS buat kita success sentiasa , cinta sesama insan buat kita rasa sawan .. (;


# agakagakorangjatuhatitak ?
ceh . tak malu ! kehkeh .. (;









k.Daaa  (;









eh ? hati yang GEDIK terpesong ..

ASSALAMUALAIKUM   (;



::. GEDIKss ! GEDIKss ! and GEDIKss again .::

eh , korang ! nak pergi mana tu ? haaa , ni bukan story minah gedik la .. tapi ni ha , aku nak story pasal hati aku yang dah mula pandai berjinakII dalam dunia kegedikan bagai ni . . menyampah aku nak melayannya . naseb pikir hati sendiri ja , kalau hati orang lain , dah lama aku cabut baling sekuat hati dalam semak . tak cukup puas lagi , cari pemetik api , minyak then bakar ! simbah lagi minyak bagi marak teruk api tu .. haha padan dengan muka kau hati , menggedik sangat . 

oke ! segmen melalut dah habes . . cukup la sampai situ kang takde hati mati eden , enggak mawuk , enggak mawuk gitu deh .. hambek kau , bila hati dah gedik , otak dah sewel mula la bahasa jiwa bangsa bercampur jadi pasembur basi .. err ! 

story yang sebenarII nya cenggini .. 



AFTER SPM , 17 YRS/2008
last day class , masingII sibuk soksek soksek kau nak jadi hapa , aku nak jadi hapa after SPM and masa akan datang .. kawan meja sebelah , barisan hadapan sekali tepi pintu nak jadi CIKGU katanya , nak continue dekat UPSI la hapa laa .. oke fine ! 

kawan meja depan pulak nak kerja , dah tak mau dah studyII ni .. otak dah tepu katanya .. 

pandang belakang pulak , kawan meja belakang cerdik sikit dari aku , dia nak masuk matriks , bajet dapat 5A ke atas dah la tu .. oke . aku diam lagi , pandang sana sini macam orang takde hala tuju , bola mata aku ke kiri ke kanan sampai pening dibuatnya . 

masa tu mula terpikir , AKU ? nak jadi hapa ni , nak pergi mana ni ? 
tanpa sedar berpikir sampai depan pintu rumah  "mak , muktamad dah , iqa nak jadi PRAMUGARI" 
aisehhhh wehhh , citaII aku time tuh .. fuhhh , bukan calangII . nak yang hebatII ja sampai naik segan bila teringat balik . .  (;


18 YRS / 2009 
hampa , disebabkan result SPM yang kurang cerdik , tak dapat tercalon dalam manaII U . dah patah hati dah time tu , bertambahII gedik di hati ni , dengan otak runsing .. huh , tak lama tuh .. surat sampai rumah , oh ! POLYTECHNIC rupanya , oke . belum hapaII dah decide  "mak , iqa takmau pi ." 

aku ingat mak aku tak kesah laaa , sekali dia guna kuasa veto dia . . habesss aku . habessss citaII terbang di langit aku tu , sobsob   )'=

bukan tak suka wehhh , masalahnya course yang mak aku pilihkan tu , tak kena langsung dengan selera hati anaknya yang pelik ni .. korang tau dia pilih hapa ?  UKUR TANAH , or LAND SURVEY  .. hapa tu ? semua orang gelakkan aku , cakap ukur kubur sendiri la , ukur tanah macam pekerja indon la .. macamII ! 

nanges ja keja aku , ye ! memang aku lemah time tu sebabnya aku tak faham kenapa mesti aku yang kena korbankan minat aku semua ? tak adil langsung . sedangkan kawanII aku yang lain masingII dengan minat diorang sendiri . . aku ja terpesong ke mana hala ntah . 

mak punya pasal , sayangkan sangat and rasa kasih aku dekat mak terlalu kuat , aku pergi jugak , sahut cabaran tu study menda yang ntah hapaII aku rasa time tu .. lama wehhh , 3 years korang . 

study punya study rasa minat sikit tu macam dah ada laaa .. and now tinggal lagi sebulan ja nak grade . . lepas tu dah dapat diploma ukur tanah . 



2012 .. 
dah setel bab diploma , kena continue degree pulak , ha sudah ! course hapa yang aku nak ambik ni .. runsing lagi .. and once again hati aku jadi gedik balik .. kata hati nak continue dalam mascom , nak kejar citaII jadi model or pramugari . tapi kata mak jadi engineer ukur or lecturer ukur , kata kawan pilih bidang ikut minat sebab nanti nak kerja dengan degree kita tu .. kata akal yang waras ye ! continue dalam bidang yang sama .. tapi hakikatnya  .. aku blur ! aku dilemma taktau nak pilih which one more better untuk masa depan aku . minat pon aku nak kejar , dalam masa yang sama hati mak kena jaga .. oke ! STRESS . 


penamat entry aku kali ni , tolong korang share apa pendapat korang ye ?   ):
keprihatinan anda untuk bagi nasihat sangatla dihargai .. ye ! sangat ! (;
















k. Daaaaa    (;



eh ? header bapak gajah , TOLONG cakap lawa !


ASSALAMUALAIKUM   (;


hai sayang ! hai baby ! haha , gila gediks .. oke . stop being annoying , ha.. mesti korang nak tau kan sebab apa aku bagi title alaII gedik gitu , sebabnya korang takkan tak perasan kot , or saja buat tak nampak ? eee , penat tau aku pose atleast komen la kritik ke tapi kalau puji lagi bagus rasanya . . hewhew .. oke , oke . takdela .. gurauII manja pon marah tau .. (;

hambek kau header tu da jadi serupa apa daaa .. besar gedabak aku letak . sapa tak ingat aku memang siap ah korang ! itu header malas namanya , konon nak letak header alaII matang sikit la kan , tapi disebabkan aku ni kuat sangat berkawan dengan setan , so malas tu dah berjangkit . . terhasil la header serupa di atas yang besar ala gergasi . err .

sudah , abaikan header buruk tu , jangan pandang lelama kang lagi terkesan betapa buruknya header tersebut , cewah nak cover la ni konon tak nak nampak sangat header dia buruk , ceh ! 

sini , sini .. nak story ni haaa , tadi kan aku hangout dengan my bff and takde pon niat nak tengok wayang , memandangkan takde gambar baru yang agak best , tapi si kawan aku ni .. dia nak sangat tengok ADNAN SEMPIT 2 , kawan punya pasal kan .. layankan jugak laa .. masukII je tengok uih , ramai jugak orang .. ingatkan hari biasaII cenggini takde orang sangat .. maybe best kot cerita ni (dalam hati) .

starting cerita tu memang dah lawak , aku dah start senyumII dah , 10 mins lepas tu aku dah start sengih then gelak non stop . korang bayangkan mau lenguh rahang mahang aku ni dok gelak , sakit perut aku , meleleh airmata sampai terangkat kakiII menahan gelak . serious tak tipu ! memang BEST la , dengan si sam muka selenge nya speaking ntah betol ntah tidak dihentamnya speaking jugak .. asalkan ada bunyi alaII mat salleh cukup . 

korang tengoklaaa , mesti tak rugi punya lah . . kadangII kita kena support filem tempatan ni .. kan ? tak semua filem tempatan kita tak best and tak semua jugak filem tempatan kita bestII belaka , kadangII ada jugak spoilt nya .. iye dak ? (;

tapi yang bestnya filem kita mesti takkan lari jauh nilaiII murni rakyat kita . . misalnya dalam cerita ni lebih kepada berusaha and semangat kawan yang kuat . tersentuh jugak bila ada partII yang nampak cemana kuatnya persahabatan antara manusia ni , touching jugak la bagi aku . . alaaa , senang cerita korang tengok la sendiri then meh story moli dengan aku best ke tak . hewhew .. (;



credit to abg google .. (;


comell bukan ? (;



sambil renungII kan header aku yang besar gedabak ala bapak gajah tu apa salahnya after baca rajinkan jejari runcing anda untuk menaip komen di bawah . haha formal kan ? alaaa , bukan selalu nak bajet ala matured ni .. (;


p/s : lepas layan cerita ni , dandan terasa nak rempit jugak . (;









k.Daaaa (;

eh ? sepasang GIGI TARING buat aku nampak lagi manis ??


ASSALAMUALAIKUM   (;


sila klik pada gambar utk lebih jelas .. (:

hujan lebat , guruh berdentum sana sini . tapi aku degilllll jugak jadi gadis geek bertenggek atas katil melayan perasaan depan lappy buruk ni . . memang degil serupa itu keldai , err . naseb kau la keldai , dapat pangkat degil padahal kau tak dengar cakap tuan kau sebab tak faham iye tak ? lumrah dunia , kita suka samakan manusia dengan haiwan , lets say " bodoh macam lembu " , "slow macam siput" , "terkinjaII macam beruk"  haiyy ! kesian  haiwanII tuh mangsa keadaan sifat marah manusia . . (':


entry aku bukan nak story pasal nasib haiwan yang tak terbela , bukan jugak pasal manusia yang suka buli haiwan . semua tak ada kena mengena langsung ! aku nak main soal hati entry kali ni , ini semua garaII GIGI TARING .. atau nak sedap lagi GIGI MANIS .. urm , tak semua orang berkesempatan menjadi buruk , and tak semua orang berkesempatan menjadi lawa .. aku ? aku tergolong dalam orang yang tak sempurna mana , ada jugak buruknya and tak pandai nak bersyukur dengan apa yang ada . yup ! aku mengaku , aku tamak . . aku nak jadi perfect tanpa ada sebarang cacat cela , tapi aku silap . aku lupa akan manusia ni tak ada pon yang perfect . . (;


TAPI ? itu semua dulu , zaman aku cetek ilmu lagi laaa , zaman bersin hingus melelehII keluar kadangII termasuk dalam mulut jugak . boleh pulak di jilatnya . euww , oke stop imagine that ! nightmare karang aku tak tanggung . (:


nak di jadikan cerita , aku ada sepasang gigi taring , SEPASANG tau .. means ada dua , kanan dan kiri .. haa , try imagine . nampak bukan camana comelnya  bila aku sengih .. hewhew .. (;
dulu masa aku sekolah , aku nakkkkk sangat ! sangat . sangat nak pakai braces , dengan harapan bila sengih lawa ja , gigi tersusun rapi jaa , tapi ? aku lupa dekat hukum hakam ALLAH , dengan muka selenge aku tanya ustazah yang mengajar agama time tuh , 


"hukum pakai braces apa dia ye ustazah ?"
"hukum buat rebonding pulak apa dia ye ustazah ?"


hukumnya HARAM bagi orang yang niat dia nak menunjukII , nak lawa , nak nampak cantik dimata orang ramai .. tapi TAK HARAM bila keistimewaan yang dia ada tu jadikan dia bahan ketawa , bahan kutukan , paling senang cakap kalau benda tu aibkan dia , ha . dia boleh ubah .. so benda ni depends on hati kita , niat kita .. baik niat kita baik la benda ni jadi , dan sebaliknya .. benda ni tak ada orang lain boleh nasihat kita sebab dia memang dari hati kita sendiri , niat kita sendiri .. 


nak pakai braces tu korang hengat senang ke hah ? merana seksa jiwa raga tau tak ?? ecece , macam ada pengalaman , tak la , tapi ada la dengarII kawanII cerita itu ini .. sakitnya bukan tipuII bukan macam kena gigit semut ka hapa ka .. tapi betulII sakit . bayangkan la nak makan pon susah , bila makan aiskerim ja lagila rasa berdenyut sebab braces tu besi so dia sejuk , terasa gusi kembang kuncup ja kat dalam mulut .. err , tak sanggup ! tapi manusia ni sanggup seksa diri demi kesempurnaan .. (;


aku tak jongang apatah lagi benda ni aibkan aku .. TIDAK SAMA SEKALI ! so , bila di fikirII kan balik , yup ! aku memang tak patut ubah gigi aku .. tak semua orang perfect , and kadangII aku rasa bertuah sebab tak semua orang ada gigi macam aku ni kan ? kan ? bila dah tak semua orang ada , jadi lah special sikit , lain dari yang lain .. kadangII buruk itu cantik , tak semua yang cantik itu cantik .. lets say , lesung pipi .. kalau ikut teori sains orang cakap benda tu cacat ! tapi cacat yang cantik .. (;


macamII anugerah ALLAH dekat kita ni , cuma kita ni ja tak pandai nak hargai and tak pernah puas . ada ja yang nak di ubahnya , itu la ini la .. aku pon tergolong dalam orang yang cenggitu , sifat manusia jugak , tak pernah lepas dari kesilapan .. tapi ? sekali tersilap , SUDAH ! jangan gedikII nak ulang kali kedua benda yang sama .. ! (;



p/s : sesiapa yang ada gigi manis macam aku ni , tak payah malu , tak payah segan .. kita special ! comel what gigi macam ni , nampak unik sikit .. hahaha ! bukti
(gigi taring !) & (taring oh taring !comel . . (;
(oke . sekadar nak sedapkan hati yang sebetulnya)















k. Daaaa (;

eh ? kawan sehidup , semati tak mau !


ASSALAMUALAIKUM  (;



SELASA , 08/08/2008 ...
" Eh bolat (bukan nama sebenar) , kau tau tak si panjang (bukan nama sebenar jugak) tu kan , dia kata kau ni talam dua muka la hapa la .."

si bolat dengan muka merah marahnya tanya balik " hei gendut (bukan nama sebenar) kau biar betul ? takkanla si panjang nak kata aku cenggitu , kitorang member baik kot !"


RABU, 09/08/2008...
" woih panjang ! kau tau si bolat tu kata kau talam dua muka la hapa la .. tak baik betul kata kawan sendiri macam tu kan ? "

" hah ? yeke ni gendut ? urm .. tapi kenapa dia ckp cenggitu padahal kitorang baik ja takder pulak selisih faham ke hapa ke .."


korang nampak kan situasi kat atas ni ? haaa , yang ni lah yang aku tgh hadapi sekarang .. memang ! aku tau susah nak percaya kawan , tapi aku jenis pelupa . senang sangat percaya someone tu , lastly diri sendiri yang terkena .. aku tak marah , tapi aku ralat . kenapa la manusia ni kena jadi cenggini untuk dapatkan apa yang dia nak ? tak boleh ke kalau kawan je baikII .. i mean , mmg ikhlas .. nak kawan dengan someone tu .. tanpa ada sebarang niat menyorok dalam hati kita ni .. kan best cenggitu ?



kawan susah SENANG .. 
ini palingggg aku tak gemar , bukan hapa .. kawan yang susah senang macam ni , bila susah baru dia cari kita ni haaa .. merayu memujuk apa ja dia sanggup buat demi dapatkan something yang dia nak .. tapi ? bila dah dapat .. jangankan kata muka dia nak nampak depan kita , bila talifon boleh ditekan cancel nya , haiyyy ! pedihnya hati eden kalau kena cenggini .. tak putus asa lagi , texting dia pulak dengan harapan dia nak reply la kunun , hampeh jugak !urm , kawan .. kawan .. aduhai kawan .. kalau kau susah nanti , kau cari aku balik .. SIAPLAH KAU !! (;



kawan muka tak MALU.. 
yang ni lagi aku menyampah , macam situasi kat atas tu .. depan si A soksek soksek kata si B ni jahat , matiII la ngata si B ni dekat si A .. tapi ? dalam masa yang sama , tergediksII mengutuk yang si A pulak dekat si B .. jahat kan orang macamni ? dia tak rasa malu ke tayang muka sana sini bawak mulut mengata sana sini , orang macamni dia rasa dia boleh dapat kawan la kononnya dengan cara macamni , yela .. lets say dia cakapII dekat si A kata si B ngutuk si A ni , kompem la si A ni rasa mcam si pengutuk ni baik hati bagitau dia itu ini .. boleh buat kawan sejati ni , dalam hati siap berterima kasih dekat si pengutuk ni , padahal dia tak tau si pengutuk ni tikam dia dari belakang .. err ! memang tak kenan langsung perangai cenggini ! tolonggg la berubah .. (;



kawan bajet HOTs .. 
ha , yang ni tak payah cakapla .. berlambak sekarang ! orang yang macamni lagi la korang kena hatiII , selalunya orang macamni dalam diam , kita tak sedar . tak nampak pon yang dia nak kawan kita sebab apa .. baik ja budi pekerti haa , bila dah lamaII kenal .. baru terkantoi tertonjol perangai sebenar dia .. dia tak suka orang lebih dari dia .. semua salah . kalau boleh nak dia ja lebih dari kita .. tak kesah la dari segi apa sekali pon , yang penting dia more sukses dari kita ,  kalau kita dapat pakwe hensem ? dia mesti double hensem . kalau tak mau dicuriknya pakwe kita tu .. err , mintak simpang laaa , takmau dekat dengan orang cenggini ! (;



kawan mulut BESAR ...
yang jenis macamni pon payah jugak , bagitau rahsia sikit ja , habis dicanangnya satu malaya .. lets say aku terkentut dalam kelas , mulaII dia sorang ja yang tau , tupII  2,3 then sampai lebih 10 orang tau , apa kes tu ? yang si kentut ni , dah merah mukaII ha , nak keluar pergi memana pon pikir 5,6 kali .. maluuuu ! nak dimarah benda da jadi .. tak marah .. urm , bingung jadinya ! 
itu kalau hal kecik . kalau hal besar misalnya aku bercinta dengan lecturer sendiri , mau meletup satu kampus soksek soksek sana sini asal nampak aku .. err , takut ! lagiii takmau orang macamni jadi kawan baik .. (;



kawan anugerah TUHAN .. 
korang akan rasa beruntung bila dapat kawan jenis macamni .. baik , and setia sebagai kawan .. dia takkan bukak aib korang dekat orang lain , dia jugak setia dengan korang tak kira la korang susah ke senang ke .. dah jadi hebat manapon dia tetap ada dengan korang , kawan dengan ikhlas and tak pernah harapkan apaII balasan ..tapi serius aku cakap , bila kita meningkat dewasa .. semakin sukar nak cari kawan anugerah Tuhan ni , bukan sebab kita tak pandai menilai , tapi kadangII kita tersalah nilai .. (;



bersama mek buyut cik fatin dahari ! (;


bersama mek jiwangg sue chenta .. (;


bersama si tukang snap ady .. (;


bersama si farah sayang .. (;

mek syaz dengan si nyah uda ! (;

bersama mek ela lala si comell (;


terpaksa korek gambar dolu doluu . . naseb ada simpan lagi .. rinduuuu , ayu debab , nani , paezah , yasira , rishah wardah semuaII la ! (;


kakakku tersayang .. etoo ! (;


oke . one happy family .. hahaha (;






p/s : (penat aku korek gamba korang wehhh ! terharu tak? ) hahaha . oke serius! aku sayanggg sangat kawanII aku yang sanggup susah senang dengan aku , pinjamkan bahu time aku sedih .. hulurkan bantuan bila aku susah , hadiahkan senyuman bila aku stress , bagi nasihat masa aku terpesong jauh .. yup ! aku bertuah sebab aku tak perlu cari jauhII pon kawan anugerah Tuhan ni , depan mata aku dah ada .. tengsss sangat kawanII sebab jadi sebahagian kenangan terindah dalam hidup aku .. very appreciate that , seriously ! (;










eh ? tak sangka buah cempedak jadi DURIAN ..


ASSALAMUALAIKUM  (;


" eh , ni kak NURUL ATIQAH kan ? "

" kak NURUL ATIQAH ! haiii .. "

" kak , kak .. wah . syok tgk kak Face 2 Face..  ^____^ "






oke . ini bukan entry syok sendiri na .. ini entry TERIMA KASIH sangatII , serius terharu and tak sangka yg korang budakII FB rupanya kenal dengan aku . aku igt kan korang just kenal aku dlm FB ja , tapi ? tak sangka pulak sampai terbawa ke luar . haha , mula la nak feelingII bagai artis gittuwww , ceh . nak jadi manusia biasa yg berhati mulia pon payah ! ini kan pulak artis ? oke . aku TAU . TAU ! tak payah nak gelakII dah , aku dah sedar balik ni dari dunia GEDIK aku tadi .. (;


korang ingat BEST ke nak jadi mcam artis tu ? oke . aku tak suka dunia glamer glamer ni . bukan hapa , rimas kot . lets say korang nak kuar pergi pasar , kejap je ni dalam 10 min ja , korang still kena pakai lawaII bagai . bagi yg kaki make up , confirm korang takkan kuar without ur make up right ? dah make up tu satu hal la , bab nak kena jaga tatasusila ni yg aku lagi tak kenan , yela .. nak jadi diri sendiri macam tak berapa nak rasional la pulak . yela , kalau yg diri tu dah tersedia bagus 100% tak kesah la , tapi kalau kena jangkit macam aku ? *keloloh sana sini , terkialI ntah hapaII , macamana ?? tak ke menjatuhkan aib sendiri ? (;
*keloloh means kalut tak tentu hala .


kenapa kena control sikit ? kalau tak control , jadi macam aku dua minggu lepas . aku pergi class , mmg sempoi habis aku pakai . slack plus t-shirt . takder masa nak lilitII pashmina satu kepala , rimas ! laen la nak hangout , memang la dah terSET dalam pala hotak aku yg kena pakai lawaII , nak pergi jenjalan ni .. 
nak dijadikan cerita , ada la 2, 3 orang hamba ALLAH yg kenal aku dalam FB then dia tego cenggini .. 


" kak , awat haritu terjumpa kak OTW nak pergi class biasa ja dressup ? "

" eleh , dia bukannya lawa mana pon .. time shoot ja cantik "


hehe , aku tak marah tapi nak tergelak . aku mmg cenggini laaa .. cer tanya kawanII aku semua .. aku mmg malas tahap gajah kenyang nak bersiap lawaII , haha .. tak minat ! tapi ntah macamana la aku boleh terjebak dalam dunia shootII ni bagai .. maybe syaitan pemalas dalam diri aku dah mula kurang kot ! (;


berbalik kepada topik asal , cewah ! ni kalau cikgu BM aku baca ni , confirm terharu sbb aku guna tatabahasa yg betul ! hahaha . korang kalau nak jadi alaII artis gittuwww , JIWA mau kental . HATI mau kering . IMAN mau kuat .. payah kan ? baik jadi org biasa yg tak dikenali sesapa , pakai pi lah baju hapa pon buat hapa sekali pon org takkan ambik kisah ! best ooo , hidup dalam ketenangan ... aiseh , cakap macam aku tenang sgt ? (;


padahal tadi time kena tego dgn budakII comell tuh semua , berdebar jugak ! sejuk tanganII wehhh , meremang bulu roma sbb terkezutt ! ada yg ajak snap pic , adoii , senyum pon rasa mcm mulut aku herot sebelah je .. errr ! 
muka aku mmg muka BLUR . kadangII terserempak dgn org yg aku kenal pon boleh aku buat tak tau ja ??! haha , dah balik duduk sajaII restII tak buat apaII baru teringat ! huahua , apa jenis olang daaa aku ni .. 

whatever is , TERIMA KASIH banyakII sebab kenang aku dalam hidupmu .. hihi .. sayanggg korang longgarII ! (;
p/s : nasib baik aku tak femes macam blogger lain . hewhew ..  ^,^










k . Daaaa .. (;

jalan-jalan cuci mata yukk !